CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3794|Reply: 0

[Pulau Pinang] Enam keldai akaun ditahan sebabkan kerugian sehingga RM106,030

[Copy link]
Post time 16-5-2024 03:31 PM | Show all posts |Read mode
Enam keldai akaun ditahan sebabkan kerugian sehingga RM106,030

16 Mei 2024 02:50pm








Gambar hiasan




BALIK PULAU - Polis menahan enam individu termasuk seorang warga emas yang dipercayai menjadi 'keldai akaun' kepada beberapa sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa-mangsa kerugian sehingga RM106,030, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, tiga lelaki dan tiga wanita yang kesemua berusia 21 hingga 60 tahun itu ditahan oleh polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Barat Daya secara berasingan di sekitar negeri ini sejak Selasa hingga semalam.



"Berdasarkan siasatan, daripada enam yang ditahan itu, penahanan seorang wanita berusia 36 tahun membabitkan kerugian yang dialami paling tinggi oleh mangsa iaitu sebanyak RM73,972.

"Suspek itu dipercayai menjadi 'keldai akaun' kepada sindiket memperdaya dalam urusan pinjaman wang yang tidak wujud secara dalam talian membabitkan kes di Balik Pulau di mana mangsa telah membuat beberapa transaksi ke akaun bank milik wanita tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.



Katanya lagi, jumlah kerugian kedua tertinggi membabitkan seorang lelaki warga emas yang menjadi "keldai akaun" kepada sindiket memperdaya mangsa dalam urusan kerja sambilan dan mendapatkan wang komisen yang tidak wujud secara dalam talian di Bayan Lepas.

Kamarul Rizal berkata, mangsa telah membuat beberapa transaksi ke akaun warga emas itu membabitkan jumlah keseluruhan sebanyak RM13,186.

Katanya, empat lagi individu yang ditahan menjadi 'keldai akaun' kepada sindiket antaranya pinjaman wang yang tidak wujud secara dalam talian, urusan pembelian emas dan urusan kerja sambilan.

"Mangsa-mangsa yang terlibat dengan empat individu itu telah mengalami kerugian antara RM3,872 hingga RM5,600," katanya.


Beliau berkata, semua enam individu itu kini direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.048068 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list