CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23285|Reply: 1

[Pulau Pinang] Banjir kilat jejas lalu lintas, batu jatuh di atas jalan raya

[Copy link]
Post time 17-5-2024 12:30 AM | Show all posts |Read mode
Banjir kilat jejas lalu lintas, batu jatuh di atas jalan raya


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



BANJIR kilat di Lebuh raya Thean Teik (gambar kiri) dan kejadian batu jatuh di atas jalan raya (gambar tengah), selain penemuan ular sawa di bawah kenderaan pengguna (gambar kanan). FOTO tular dan ihsan MBPP




Georgetown: Hujan lebat lebih tiga jam di negeri ini menyebabkan berlaku kejadian banjir kilat sehingga menjejaskan lalu lintas di Jalan Thean Teik, Air Itam di sini, yang dinaiki air setinggi 0.7 meter sehingga menenggelamkan tayar kenderaan.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menerusi kenyataan di Facebook berkata, keadaan jalan raya berkenaan sedikit terjejas berikutan berlaku kenaikan paras air akibat hujan lebat berterusan.

Bagaimanapun, katanya, laluan berkenaan masih boleh digunakan pengguna jalan raya namun orang awam dinasihati supaya lebih berwaspada dan fokus kepada pemanduan.

"Setakat 9.50 malam, pasukan Skuad Pantas MBPP ditempatkan di kawasan itu bagi bersiap sedia terhadap sebarang tindakan segera dan kecemasan.

"Kita juga menerima laporan berkenaan bongkah batu jatuh di atas jalan di Bukit Baru, Jalan Tun Sardon kira-kira 10 malam namun laluan itu masih boleh dilalui," menurut kenyataan itu lagi.

Menurut MBPP, sebarang aduan mengenai pokok tumbang, tanah runtuh dan sebagainya, sila hubungi Hotline MBPP di talian 04-263 7000 / 04-263 7637 atau aplikasi WhatsApp 016-2004082.

Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Timur Laut Kapten (PA) Muhammad Aizat Abdul Ghani berkata, pihaknya tidak menerima panggilan kecemasan namun tetap melakukan pemantauan dengan turun ke lokasi sejak 8 malam.

"Ketika pemantauan dijalankan, APM menerima maklumat penemuan ular sawa dengan anggaran berat sebanyak 10 kilogram di Lorong Semarak api 2, pada 8.37 malam.

"Ular yang dianggarkan sepanjang 1.8 meter itu ditemukan oleh pengawal keselamatan di bawah kereta dan tindakan APM ialah menangkap ular berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini.



Disiarkan pada: Mei 16, 2024 @ 11:49pm






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-5-2024 12:47 AM | Show all posts

Hujan lebat berterusan menyebabkan berlaku kejadian banjir kilat di Lebuh raya Thean Teik, sehingga menjejaskan lalu lintas dan bongkah batu yang terjatuh di atas jalan raya di Bukit Baru, Jalan Tun Sardon. - Foto ihsan MBPP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.582613 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list