|
Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad (kiri) melihat pemain menjalani latihan Bersama pengurus pasukan, Datuk Dollah Salleh (kanan). FOTO Sri Pahang FC
Kuantan: Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad mengesahkan akan melakukan sedikit rombakan apabila berdepan Kuching City FC di Stadium Sarawak di Kuching, petang esok.
Bekas pemain kebangsaan Singapura itu berkata, perubahan itu terpksa dilakukan susulan kecederaan yang dialami pemain termasuk Saiful Jamaluddin dan Sergio Aguero.
"Kita terpaksa lakukan sedikit rombakan dalam kesebelasan utama dan perlu kekal fokus terutama disiplin apabila bermain di tempat lawan dan perlawanan pertama buat Sri Pahang bermain pada waktu petang.
"Saya harap cepat menyesuaikan diri dengan cuaca panas ketika ini dan memastikan perlawanan itu akan memihak kepada skuad Tok Gajah dalam meneruskan rentak kemenangan.
"Tetapi apa yang saya jangkakan pada perlawanan esok akan lebih berat berbanding perlawanan pertama ketika berdepan Kelantan Darul Naim (KDN) FC kerana Kuching City sekarang memiliki barisan pertahanan dan jentera serangan yang baik serta berpengalaman," katanya.
Justeru, Fandi berkata, kekuatan yang dimiliki tuan rumah terutama di bahagian serangan perlu disekat dengan sebaiknya dan pada masa sama pemain tidak mempersia-siakan peluang apabila berada di hadapan gawang.
"Apa yang penting kita tidak boleh lalai dan perl mengekalkan konsentrasi sepanjang 90 minit perlawanan apabila mereka mendapat 'set piece'.
"Kita perlu bermain lebih baik dan tumpuan kita ialah cuba membuka peluang dan menjaringkan gol untuk memastikan tiga mata mampu dibawa pulang di tempat lawan.
"Pada masa sama, jentera serangan yang diketuai Kpah Sherman perlumemanfaatkan peluang dan kepantasan Mykola Agapov jua diharap membantu," kata legenda bola sepak Singapura itu.
Pada perlawanan pertama Liga Super, skuad Tok Gajah bermula dengan cemerlang selepas menewaskan KDN FC 1-0 manakala Kuching City FC pula seri 1-1 berdepan Kuala Lumpur City.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... rdepan-kuching-city |
|