View: 2771|Reply: 0
|
Zayn Malik dituduh penipu cuba perdaya wanita
[Copy link]
|
|
Zayn tidak malu mengakui dia menggunakan aplikasi cari jodoh bagi mencari teman wanita.
PENYANYI Zayn Malik sukar mencari pengganti selepas berpisah dengan model Gigi Hadid tiga tahun lalu.
Tanpa berselindung, Zayn, 31, dia juga pernah cuba menggunakan aplikasi mencari jodoh bagi mencari teman hidup namun gagal.
Ia susulan dia dituduh sebagai penipu selain disekat selepas beberapa pengguna melaporkan akaunnya sebagai profil palsu.
Ramai menganggap dia menyamar menggunakan identiti 'Zayn Malik' apabila meletakkan gambarnya di aplikasi berkenaan.
Zayn dianggap sebagai penyamar sehingga profilnya disekat.
"Saya pernah guna aplikasi mencari jodoh tapi semua orang tuduh saya menipu. Mereka dakwa saya menipu apabila memberitahu saya adalah Zayn Malik.
"Tidak hanya itu, akaun saya disekat sebanyak dua kali gara-gara perkara berkenaan," katanya.
Zayn mendedahkan perkara tersebut menerusi temu bual bersama majalah Nylon.
Dalam pada itu, Zayn memberitahu dia kini lebih selesa membujang dan memberi sepenuh perhatian kepada anak perempuannya iaitu Khai yang kini berusia empat tahun.
Apatah lagi ibu bapanya juga melarang dia membawa pulang teman wanita ke rumah dan menyukarkan lagi dia menjalani hubungan baru.
"Saya selesa dan gembira hidup membujang. Saya sudah ada anak dan fokus saya adalah untuk menunjukkan contoh yang baik buat Khai," katanya.
Untuk rekod, Zayn dan Gigi mula menjalinkan hubungan sejak 2015 namun berpisah pada 2021.
Bekas anggota kumpulan One Direction ini juga pernah bertunang dengan penyanyi Perrie Edwards sekitar 2014 namun ikatan itu berakhir dengan perpisahan.
https://www.mstar.com.my/spotlig ... cuba-perdaya-wanita |
|
|
|
|
|
|
| |
|