CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5851|Reply: 0

[Kelantan] Kesihatan mental: 50 kes baharu setiap bulan

[Copy link]
Post time 20-5-2024 04:34 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

Kota Bharu: Sebanyak 50 kes baharu berkaitan kesihatan mental diterima setiap bulan yang memerlukan rawatan di Klinik Pakar Psikiatri Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II, di sini.

Ketua Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental HRPZ II, Dr Fariza Yahya berkata, daripada jumlah itu 25 adalah kes pesakit yang mengalami masalah kemurungan dan lain-lain.

Beliau berkata amat penting untuk mereka yang mengalami masalah berkenaan supaya segera mendapatkan rawatan daripada pakar di hospital dan tidak perlu bimbang dengan stigma masyarakat dilabel sebagai pesakit mental.

"Saya minta kepada mereka yang terbabit (pesakit yang ada masalah mental) jangan sesekali cuba merawat sendiri dengan mengambil ubat-ubatan terlarang seperti pil kuda dan sebagainya.


"Kebiasaannya, mereka yang cuba merawat sendiri penyakit itu berakhir dengan kemurungan yang dihidapi menjadi semakin buruk," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Dr Fariza berkata penyakit mental sebenarnya boleh diubati dengan bantuan daripada pakar yang bertauliah.

"Saya tidak menafikan ramai juga pesakit ini mendapatkan rawatan dengan pengamal perubatan tradisional di kampung-kampung," katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa kos perubatan berkaitan kesihatan mental juga mahal terutamanya bagi ubatan generasi baru tetapi ia ternyata berkesan dan kurang kesan sampingan.

Dr Fariza berkata kemurungan bukan disebabkan oleh kurang iman (bagi pesakit beragama Islam) atau sebagainya, tetapi sebaliknya ia berpunca daripada tekanan berterusan dan boleh dikaitkan juga dengan faktor genetik.

"Apa yang penting, mereka perlukan rawatan yang intensif dan sokongan daripada orang yang rapat dengan mereka atau ahli keluarga.

"Jika ia dibiarkan tanpa sebarang rawatan, dikhuatiri ia menjadi semakin teruk dan akan memudaratkan diri sendiri serta orang lain," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... baharu-setiap-bulan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 210609 Replies : 589
Anda Fobia dengan.....
fahdramliAnda Fobia dengan.....
Views : 30173 Replies : 183
Perihal buah kayangan, any experiences??
fahdramliPerihal buah kayangan, any experiences??
Views : 27927 Replies : 144
Sejauh mana GIGIHNYA  korang
fahdramliSejauh mana GIGIHNYA korang
Views : 71117 Replies : 386
Lepas ni I-Bunga kah?
JohnyEnglishLepas ni I-Bunga kah?
Views : 5344 Replies : 18
Please stop body shaming
multinickyPlease stop body shaming
Views : 8845 Replies : 50
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 195182 Replies : 4526
SILA IKUT ARAHAN...
ieja_p2_bumbumSILA IKUT ARAHAN...
Views : 13336 Replies : 48
CARA DAPATKAN COINS SHOPEE
LaracropCARA DAPATKAN COINS SHOPEE
Views : 9769 Replies : 57
Apa nak buat kalau kucing curi nasi lemak kita? Mark Adam retweeted lawak
kwangsoo_ladyApa nak buat kalau kucing curi nasi lema
Views : 21405 Replies : 68

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.057251 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list