CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6574|Reply: 7

[Tempatan] Wajib boikot jika ada pihak serang negara Islam, tapi perlu bersederhana - Mufti

[Copy link]
Post time 20-5-2024 05:49 PM | Show all posts |Read mode
Edited by prettygood at 20-5-2024 07:40 PM

SHAH ALAM - Umat Islam wajib melakukan apa jua tindakan yang boleh melemahkan kemampuan pihak menceroboh atau menyerang negara Islam.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, ia termasuk memulau produk atau barang keluaran negara yang terbukti memberi bantuan serta sokongan sama ada ketenteraan atau kewangan kepada Israel.

Menurutnya, tindakan dilakukan itu sepatutnya dilihat daripada perspektif syariat dan maslahah umat Islam bukan sekadar dorongan nafsu serta gejolak emosi semata-mata.
“Ia juga boleh dikaitkan tindakan memboikot mana-mana artis yang turut mengiklankan barang-barang keluaran negara berkenaan atau sekutunya.
“Sekiranya pemulauan atau blockout itu membawa keburukan lebih besar daripada kebaikan atau manfaat, maka ia tidak harus dilakukan dan jika sebaliknya, tindakan tersebut perlu dilaksanakan,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Bagaimanapun, menurut Wan Salim, tindakan melampau semasa kempen tersebut juga akan merugikan negara dan rakyat terutama kepada ekonomi.

Tambahnya, jika langkah tersebut diambil secara melampau, ia mungkin akan mengurangkan minat pelabur untuk menanam modal di negara ini.
“Kempen memboikot itu perlu dilakukan secara bersederhana dan mengambil kira kesan terhadap Malaysia, kerajaan dan rakyat,” jelasnya.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menggesa semua pihak agar tidak mengambil tindakan ekstrem terhadap mana-mana individu termasuk memfitnah, mencaci, maki hamun, menggugat dan sebagainya.
Beliau berkata, orang ramai diminta sentiasa menjaga keharmonian dalam bermasyarakat.
“Apa-apa tindakan yang boleh mengundang keresahan awam adalah perlu dielakkan sama sekali,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan kempen #Blockout2024 artis dan pempengaruh di Amerika Syarikat (AS) yang tidak pernah bercakap mengenai Palestin atau menjadi duta produk Israel kini mula mendapat perhatian di Malaysia.
Orang ramai berkongsi di media sosial senarai selebriti Malaysia untuk diboikot dengan tanda pagar #Blockout2024 termasuk nama-nama pelakon popular.

Sumber:
Sinar harian (Qurratul Aina Quddus, 20 Mei 2024)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2024 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampai tinggal boxers spongebob ...kalo ikut pegangan akmal....
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 20-5-2024 07:00 PM

Jom BMF!...boikot Kepci


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 06:59 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 20-5-2024 07:00 PM

Wooow... Kata-kata bijak dari Mufti Bani Tamim Melayu Mahawangsa  yang paptut disokong ...

Tetapi sayangnya ... mengapa X dikatakan secara langsung dan terus terang hal itu ke PMX Imam Mahdi yang punya kuasa atas 2.25 billion umah islam di seluruh dunia agar boleh ditindak-lanjuti ... Hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Asyik tanya mufti penang ni je...nape dia famous ekk. Mufti lain nape xde org tanya ke
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 09:40 PM | Show all posts
Boikot bersedehana..mcm mana tuuu?


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-5-2024 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 20-5-2024 06:57 PM
Jom BMF!...boikot Kepci

walaun mana yang duk calculate macam ni tak include operation cost bagai..ingat senang2 ke niaga nak dapat untung gitu
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 12:01 PM | Show all posts
_kelly replied at 20-5-2024 11:51 PM
walaun mana yang duk calculate macam ni tak include operation cost bagai..ingat senang2 ke niaga n ...

walanon menganjing je tu...nak boikot sgt kannn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.460256 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list