CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8591|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 4 didakwa hari ini kes masak mi segera di stesen minyak, tiada anak VIP terbabit

[Copy link]
Post time 21-5-2024 11:04 AM | Show all posts |Read mode

- Foto Tangkap Layar video tular.

KUALA LUMPUR: Empat daripada 15 individu yang ditahan untuk siasatan berkait kes memasak mi segera di sebuah stesen minyak di Genting Highlands, baru-baru ini akan dituduh di mahkamah, hari ini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata pertuduhan ke atas mereka akan dijalankan di Mahkamah Bentong, Pahang, pada jam 9 pagi.

Mereka yang akan dituduh terdiri daripada seorang lelaki dan tiga wanita berusia 23 hingga 24 tahun.

"Mereka akan dituduh mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan (perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain).


"Selebihnya, 11 lagi individu dibebaskan dan dijadikan saksi dalam kes ini," katanya.

Dalam pada itu, beliau mengesahkan tiada dalam kalangan 15 yang ditahan berkait kes itu anak orang kenamaan atau VIP.

Ini selepas tular di media sosial berkenaan penahanan 15 orang individu berkait kes itu termasuk dua daripadanya yang didakwa sebagai anak kepada Timbalan Menteri.

"Semua 15 yang ditahan bukan anak Timbalan Menteri atau VIP," katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, dilaporkan berkata polis menahan 15 individu termasuk lima wanita berusia 23 hingga 28 tahun untuk membantu siasatan kes itu.

Mereka ditahan Sabtu lalu ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong, Pahang untuk dirakam percakapan.

Semua mereka sudah dibebaskan dengan jaminan selepas polis selesai merakam percakapan mereka.
https://www.bharian.com.my/berit ... nyak-tiada-anak-vip
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN HAGWON - Wi Ha Joon, Jung Ryeo Won
Rahah[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN H
Views : 10279 Replies : 57
Apakah Idea Di Sebalik Nama Samaran Anda Di Forum Ini?
KILL_NANCYApakah Idea Di Sebalik Nama Samaran Anda
Views : 113221 Replies : 488
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30253 Replies : 171
Nama pokok ni?
BelovedTaeyeonNama pokok ni?
Views : 6279 Replies : 12
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik... UPDATE #45: latar belakang syarikat2 bermasalah siap ada tindakan tatatertib
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 5359 Replies : 53
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21447 Replies : 61
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 195468 Replies : 4528
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4119 Replies : 3
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27048 Replies : 105
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73298 Replies : 314

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.058659 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list