CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4730|Reply: 0

[Kedah] Keracunan makanan 65 murid di Sungai Petani terkawal

[Copy link]
Post time 21-5-2024 03:20 PM | Show all posts |Read mode
Keracunan makanan 65 murid di Sungai Petani terkawal



Oleh SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA

21 Mei 2024 02:35pm




Tangkap layar laporan Sinar Harian mengenai kes keracunan makanan di Sekolah Kebangsaan Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani.




SUNGAI PETANI - Keadaan kesemua murid Sekolah Kebangsaan Bandar Puteri Jaya di sini yang mengalami keracunan makanan pada Isnin, dilaporkan dalam keadaan terkawal.

Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Ismail Othman berkata, ia berdasarkan laporan yang diterima dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Muda Yan (KMY) berhubung kejadian.



"Semua terkawal setakat ni," katanya ketika dihubungi.

Dalam masa sama, Ismail berkata, pihaknya akan merujuk pihak sekolah berhubung perkembangan terkini keadaan murid yang terjejas.



"Kena rujuk dengan guru besar atau PPD KMY untuk status terkini," katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan kira-kira 65 murid sesi pagi Sekolah Kebangsaan Bandar Puteri Jaya, mengalami keracunan makanan selepas makan di kantin pada Isnin.

Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Zubir Othman berkata, kesemua murid tahun empat, lima dan enam itu dikatakan mengalami gejala keracunan iaitu sakit perut, muntah dan cirit-birit.

Kesemua mereka didakwa mengalami simptom berkenaan selepas dikatakan makan kuetiau sup di kantin sekolah semasa waktu rehat.




Disebabkan itu, pasukan kesihatan dari Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Muda dikejarkan ke lokasi kejadian.

Tujuh murid kemudiannya dibawa untuk mendapatkan rawatan lanjut ke HSAH dan dilaporkan stabil.

Difahamkan, kantin sekolah itu diperintahkan tutup sementara selama tiga hari bermula Isnin bagi membolehkan siasatan dijalankan.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 01:59 PM GMT+8 , Processed in 0.038699 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list