CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5680|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lelaki ada 12 rekod jenayah ditahan curi kereta

[Copy link]
Post time 21-5-2024 08:23 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki ada 12 rekod jenayah ditahan curi kereta

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

21 Mei 2024 06:28pm








Suspek ditahan ketika cuba melarikan diri selepas cuba mencuri sebuah kereta pada 15 Mei lalu. Kanan: Kereta yang cuba dibawa lari oleh suspek.




BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki yang mempunyai 12 rekod jenayah lampau berjaya ditahan selepas dipercayai cuba mencuri sebuah kereta di sini pada 15 Mei lalu.

Dalam kejadian jam 10.15 pagi itu, suspek berusia lingkungan 20an ditahan di Jalan Sungai Lembu, Machang Bubok di sini.



Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, anggota bertugas ronda cegah jenayah Balai Polis Bukit Mertajam telah menerima maklumat daripada orang awam memaklumkan sebuah kereta jenis Datsun 120y telah dicuri di kawasan Megamall, Perai.

Menurutnya, bertindak atas maklumat tersebut, anggota kereta peronda (MPV) berkenaan berjaya mengesan kenderaan berkenaan di kawasan Taman Bandaraya, Jalan Kulim di sini.



"Ketika anggota MPV menghampiri kereta berkenaan, pemandu (suspek) telah memecut kenderaannya. Polis kemudiannya mengejar suspek dan mengarahkannya supaya memberhentikan kenderaan namun suspek enggan.

"Suspek seterusnya berjaya ditahan di Jalan Sungai Lembu, Machang Bubok. Dalam usaha menahan kenderaan tersebut, berlaku pelanggaran antara kereta peronda polis dengan kereta suspek," katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa.

Helmi menambah, akibat daripada itu, kereta MPV polis telah mengalami sedikit kerosakan di bahagian hadapan.

"Suspek bersama kereta dipandunya telah dibawa balik ke Ibupejabat Polis Daerah SPT untuk tindakan lanjut.




"Hasil siasatan, suspek merupakan seorang lelaki warga tempatan, dan mempunyai tujuh rekod jenayah serta lima kes dadah. Suspek juga merupakan orang dikehendaki," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379a (1) Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, tular dua klip video masing-masing berdurasi 2 minit 20 saat di media sosial berhubung seorang lelaki ditahan selepas disyaki mencuri sebuah kereta di kawasan Megamall, Perai.

Dalam klip video berkenaan, suspek dikatakan telah memecut kenderaannya selepas dikejar kereta peronda polis selain melanggar di bahagian hadapan kereta peronda polis berkenaan.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 01:55 PM GMT+8 , Processed in 0.053166 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list