CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5900|Reply: 0

[Melaka] Pewaris keris dipercayai milik Hang Tuah tidak pernah terfikir untuk jual artifak

[Copy link]
Post time 22-5-2024 01:12 PM | Show all posts |Read mode

KERIS Sundang dipercayai kepunyaan Laksamana Hang Tuah yang diserahkan Tun Muhammad Amin (kanan) iaitu waris ke-11 Hang Tuah yang berasal dari Kepulauan Bentan Riau Indonesia dalam satu majlis di sini hari ini. FOTO Bernama

Melaka: Walaupun pernah ditawarkan harga lumayan hingga mencecah angka RM1 juta, pewaris Keris Sudang dan Keris Hukum berusia kira-kira 600 tahun yang dipercayai milik Laksamana Hang Tuah berkata, beliau tidak pernah terfikir untuk menjual artifak warisan keluarga yang baginya tidak ternilai harganya itu.

Tun Muhammad Amin Tun Ahmad, 49, yang mengaku sebagai waris ke-11 pahlawan Melayu tersohor itu berkata, beliau dan keluarganya pernah dikunjungi pihak yang cuba mendapatkan beberapa artifak yang dimiliki seperti Meriam Rentaka, namun mereka tidak pernah berniat untuk menjualnya.

"Ia peninggalan yang diwarisi turun-temurun, ia amat besar nilainya berbanding wang," kata beliau yang berasal dari Kepulauan Bintan, Riau di Indonesia kepada pemberita di sini.

Dua artifak itu diserahkan kepada Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh untuk dijadikan salah satu bahan menarik bagi tatapan orang ramai di Pameran Hang Tuah yang dijadualkan berlangsung di sini pada bulan Jun ini.


Sementara itu Tun Muhammad Amin berkata, bagi Pameran Hang Tuah nanti selain keris, ada beberapa lagi peninggalan lain antaranya gelang, buku catatan dan salasilah keluarga, juga akan dipinjamkan untuk dipamerkan kepada orang ramai di pameran itu nanti.



DUA artifak iaitu Keris Sundang dan sepasang Keris Hukum dipercayai kepunyaan Laksamana Hang Tuah yang diwarisi turun temurun sejak kira-kira 600 tahun lalu. FOTO Bernama

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... terfikir-untuk-jual
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 210609 Replies : 589
Anda Fobia dengan.....
fahdramliAnda Fobia dengan.....
Views : 30173 Replies : 183
Perihal buah kayangan, any experiences??
fahdramliPerihal buah kayangan, any experiences??
Views : 27927 Replies : 144
Sejauh mana GIGIHNYA  korang
fahdramliSejauh mana GIGIHNYA korang
Views : 71117 Replies : 386
Lepas ni I-Bunga kah?
JohnyEnglishLepas ni I-Bunga kah?
Views : 5344 Replies : 18
Please stop body shaming
multinickyPlease stop body shaming
Views : 8845 Replies : 50
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 195182 Replies : 4526
SILA IKUT ARAHAN...
ieja_p2_bumbumSILA IKUT ARAHAN...
Views : 13336 Replies : 48
CARA DAPATKAN COINS SHOPEE
LaracropCARA DAPATKAN COINS SHOPEE
Views : 9769 Replies : 57
Apa nak buat kalau kucing curi nasi lemak kita? Mark Adam retweeted lawak
kwangsoo_ladyApa nak buat kalau kucing curi nasi lema
Views : 21405 Replies : 68

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.061534 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list