CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3655|Reply: 0

[Terengganu] Tingkat pengawasan elak lembu di 'rembat' menjelang Aidiladha

[Copy link]
Post time 22-5-2024 04:11 PM | Show all posts |Read mode

DEPUTI Superintendan Ts. Mohd Razman Setapa, berbual bersama Rosnah yang juga merupakan seorang penternak lembu. FOTO Nazdy Harun

Marang: "Siang atau malam, saya akan ke kandang lembu untuk memastikan ternakan tidak dicuri, maklumlah menjelang Aidiladha permintaan lembu akan meningkat," kata seorang penternak yang hanya mahu dikenali sebagai Rosnah.

Menurutnya, sebelum Aidilfitri lalu dia kehilangan tiga ekor lembu dan seekornya sudah boleh dijual bagi tujuan ibadah korban pada tahun ini.

Katanya, dia kini mempunyai 27 ekor lembu yang diternak di dalam kurungan dan selepas berlaku kecurian pada Ramadan lalu dia sedikit bimbang sekiranya kejadian itu kembali berlaku.

"Akibat kejadian itu saya mengalami kerugian kira-kira lebih RM12,000 dan bagi mengelak kejadian sama berulang dia terpaksa meluangkan lebih masa siang atau malam untuk meninjau kawasan kandang lembu miliknya.

"Bimbang juga, raya korban sudah dekat...takut-takut lembu lain pula dilarikan," katanya ketika ditemui pada Program Community Policing di Kampung Kubu, dekat sini.

Turut hadir Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintendan Ts. Mohd Razman Setapa.

Sementara itu, Mohd Razman ketika ditemui pada program itu berkata, pada tahun ini Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang sudah menerima lima laporan berkaitan kecurian ternakan lembu.

"Kes-kes yang dilaporkan ini dengan empat daripadanya berlaku di kawasan kebun kelapa sawit di Felda Chador dan satu lagi kejadian di Padang Limau Nipis, Bukit Payung.

"Sehubungan itu, baru-baru ini Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Marang berjaya menahan satu kumpulan yang disyaki terbabit dalam kes kecurian lembu yang disiasat di kawasan Felda Chador," katanya.

Menurutnya, kesemua suspek yang ditahan itu berusia 23 hingga 42 tahun bagi membantu siasatan dan dengan tertangkapnya kumpulan terbabit JSJ IPD Marang berjaya menyelesaikan satu kes kecurian lembu yang dilaporkan berlaku di Felda Chador.

Katanya, kertas siasatan sudah dirujuk ke pihak timbalan pendakwa raya dan kami juga sudah mendapat arahan pertuduhan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, bagi kes lain, JSJ IPD Marang masih berusaha mendapatkan bukti dan keterangan sama ada kumpulan yang ditahan itu terbabit secara langsung atau tidak.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... menjelang-aidiladha

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 210609 Replies : 589
Anda Fobia dengan.....
fahdramliAnda Fobia dengan.....
Views : 30173 Replies : 183
Perihal buah kayangan, any experiences??
fahdramliPerihal buah kayangan, any experiences??
Views : 27927 Replies : 144
Sejauh mana GIGIHNYA  korang
fahdramliSejauh mana GIGIHNYA korang
Views : 71117 Replies : 386
Lepas ni I-Bunga kah?
JohnyEnglishLepas ni I-Bunga kah?
Views : 5344 Replies : 18
Please stop body shaming
multinickyPlease stop body shaming
Views : 8845 Replies : 50
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 195182 Replies : 4526
SILA IKUT ARAHAN...
ieja_p2_bumbumSILA IKUT ARAHAN...
Views : 13336 Replies : 48
CARA DAPATKAN COINS SHOPEE
LaracropCARA DAPATKAN COINS SHOPEE
Views : 9769 Replies : 57
Apa nak buat kalau kucing curi nasi lemak kita? Mark Adam retweeted lawak
kwangsoo_ladyApa nak buat kalau kucing curi nasi lema
Views : 21405 Replies : 68

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.062097 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list