CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18867|Reply: 0

[Sarawak] Pertandingan ratu cantik Gawai tidak 'merendahkan' martabat wanita Dayak

[Copy link]
Post time 22-5-2024 09:52 PM | Show all posts |Read mode


Doreen (tiga kiri) serta yang lain merakam kenangan bersama tiga pemenang teratas Pertandingan Kumang Gawai Dayak Betong.

KUCHING: Pertandingan ratu cantik Gawai Dayak langsung tidak 'merendahkan' martabat wanita Dayak sebaliknya menunjukkan kepada negara dan dunia kekayaan budaya, tradisi dan cara hidup kaum itu.

Perkara itu ditegaskan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas sebagai menidakkan kenyataan seorang individu baru-baru ini yang menyifatkan pertandingan ratu cantik atau Kumang Gawai sebagai 'merendahkan' wanita Dayak.

"Malam ini, kita juga ada pertandingan ratu cantik iaitu Kumang Gawai Dayak.

"Baru-baru ini, ada individu mengatakan pertandingan ini seharusnya tidak diadakan kerana ia 'merendahkan' wanita.

"Saya berpendapat, siapa pun individu itu... dia bukan Dayak. Dia tidak memahami apa yang dipamerkan itu dan itu adalah kekayaan warisan budaya kita," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sempena Hari Gawai Dayak 2024 di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, Betong, malam tadi.

Superintenden Jabatan Tanah dan Survei Betong Morris Nayup bertindak selaku pengerusi majlis itu.  

Uggah menambah: "Jika kita melihat kepada para peserta pertandingan malam ini... anak kita, cucu kita mengambil bahagian... kemudian anda boleh melihat salah satu perkara paling penting dipamerkan ialah seni kraf kita seperti aksesori ngepan kita, dari kepala hingga ke kaki.

Antara lain ialah 'sugu tinggi', 'rawai', 'selampai' dan banyak lagi, tambahnya.

"Bagi saya, terdapat sekurang-kurangnya 10 jenis (aksesori) digunakan untuk mencantikkan wanita Dayak kita.

“Ini sudah tentu mempunyai makna yang cukup besar kepada kita," ujarnya.

Uggah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban memuji usaha menganjurkan majlis makan malam itu kerana mengadakan pertandingan ratu cantik pada malam itu dan tidak gentar dengan komen negatif tersebut.

"Kami akan memberi sokongan penuh kepada semua penganjur. Teruskanlah program sebegini kerana kami berbangga dengan budaya dan tradisi kami," katanya.
Uggah juga percaya sambutan tahunan Gawai Dayak adalah masa untuk menunjukkan kaum Dayak mempunyai budaya dan tradisi mereka.

"Ini juga merupakan sumbangan kita kepada kekayaan warisan Malaysia," katanya.

Ahli Parlimen Betong Dr Richard Rapu, ADUN Layar Dato Gerald Rentap Jabu, ADUN Saribas Datuk Mohd Razi Sitam dan ADUN Krian Friday Belik antara yang hadir sama pada majlis itu.

Sementara itu, Ericka  Peter, 20, dinobatkan sebagai Kumang manakala Clara Amanda Buyong, 23, muncul sebagai naib juara dan Jasnita Rendu Jenggie, 20 di tempat ketiga.

Isteri Uggah Dato Doreen Mayang menyampaikan hadiah kepada pemenang dan finalis lain.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 12:48 AM GMT+8 , Processed in 0.049437 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list