View: 8124|Reply: 5
|
Kelly Rowland hilang sabar, marah petugas keselamatan depan orang ramai
[Copy link]
|
|
Kelly memarahi petugas keselamatan di karpet merah Festival Filem Cannes.
KEMUNCULAN penyanyi Kelly Rowland di acara karpet merah Festival Filem Cannes pada malam Selasa mencuri perhatian ramai.
Kelly Rowland hilang sabar apabila dirakam memarahi seorang petugas keselamatan ketika melalui acara karpet merah Festival Filem Cannes pada malam Selasa.
Punca Kelly 'meletup' dipercayai selepas petugas tersebut berulang kali menghampiri meminta berjalan tanpa menghiraukan jurugambar uang sedang mengambil gambarnya.
Kelly melepaskan kemarahan di depan khalayak ramai.
Bekas anggota kumpulan Destiny Child itu jelas kelihatan tidak selesa dengan arahan diberikan kepadanya namun cuba bersabar.
Selepas beberapa kali diminta beredar, Kelly kemudiannya menuruti sebelum petugas berkenaan berjalan di sebelah sebelum penyanyi itu memarahinya sambil mengangkat jarinya ke arah mukanya.
Kelly dan petugas keselamatan wanita itu turut dilihat bertikam lidah sebelum pengiring artis itu menghampiri mereka.
Petugas tersebut yang kelihatan malu dimarahi di khalayak ramai kemudiannya beredar sementara Kelly dilihat masih tidak berpuas hati dan terus membebel.
Kelly berada di festival tersebut bagi tayangan perdana filem lakonannya berjudul Marcello Mio.
Festival yang sedang berlangsung di Cannes, Perancis itu dihadiri barisan selebriti terkemuka dunia termasuk Tan Sri Michelle Yeoh, Han So Hee, Cate Blanchett, Bella Hadid dan Demi Moore.
https://www.mstar.com.my/spotlig ... n-depan-orang-ramai |
|
|
|
|
|
|
|
sedih nyalah kalau kena marah dikhalayak ramai gini. |
|
|
|
|
|
|
|
Don't talk to me like that!
Nk monopos dh tu.
Mood swing teruk dia ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kelly ni muka sweet ja...pengawal tu pun dok suruh dia cepat2 jalan tu pasai pa....tgk selebriti2 yg lain aman2 ja berposing kat tangga bagi photographer amik gambar....xdak plak kena suruh jalan cepat2....mgkin ada cuma sy xnmpk
|
|
|
|
|
|
|
|
buruknya rambut blonde ko kelly.
kalo marah perlu ke tunjuk jari mcm tu? biadap betol. mcm biasa ramai pompuan kulit hitam support minah ni, sbb dia org lah terpaling victim tp terpaling gojes, dicemburui wanita bangsa lain etc padahal ada celebs kulit hitam sebelum tu elok jah posing tanpa gangguan. dengar cerita kelly nih lambat sampai ke event lagi mau posing lama2. |
|
|
|
|
|
|
| |
|