CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6076|Reply: 0

Takraw kembali jadi ‘hak milik’ Malaysia

[Copy link]
Post time 25-5-2024 11:46 AM | Show all posts |Read mode

SYAHIR (tengah) menganggap sistem 15 mata lebih memberi tekanan kepada tekong supaya tidak melakukan kesilapan mudah. - AMIR KHALID

PERUBAHAN 15 mata dengan servis tunggal diperkenalkan Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) di Piala Dunia Sepak Takraw 2024 memberi impak besar kerana beberapa pasukan yang sebelum ini mendominasi sukan itu tumbang di Stadium Titiwangsa.

Ia terbukti selepas Thailand terkena ‘libasan’ Malaysia di dua pentas final sekali gus terlepas membawa pulang gelaran ke Bangkok dalam acara double dan regu biarpun pada awalnya meletakkan sasaran menyapu bersih tiga kejuaraan.

Ini bermakna, pengenalan peraturan baharu menyaksikan semua pasukan berpeluang muncul juara dan tidak lagi didominasi sesebuah negara sahaja sekali gus menandakan era baharu bagi sukan sepak takraw.

Perkara itu diakui tekong No.1 negara, Syahir Rosdi yang melihat peraturan 15 mata dengan servis tunggal membuka ruang kepada semua pasukan melakukan kejutan.

Bagaimanapun, Syahir berpendapat mereka tidak boleh terbuai dengan kemenangan itu dan perlu menghadapi satu demi satu perlawanan untuk mencari tiket ke pentas final berbanding memikirkan mengenai Thailand.

“Berkenaan berjumpa Thailand di pentas final, saya tidak fikir sangat kerana kami perlu memikirkan negara-negara lain seperti Myanmar, Filipina, Indonesia, India atau mana-mana pasukan. Lepas menewaskan mereka barulah kita fikir tentang Thailand.

“Berkenaan sistem mata, pemain Malaysia tiada masalah jika ada perubahan ke sistem 21 mata. Apa-apa keputusan daripada Istaf kita kena bersedia dan sebagai pemain kita kena galas tanggungjawab dan tak boleh bagi alasan.

“Sistem 15 mata adalah mengenai servis tunggal. Mana-mana tekong yang tak cukup ‘warm up’ dan servis satu sudah terkeluar, mereka susah nak bangkit semula. Bila mata sudah jauh, tekong susah nak kawal tekanan.

“Tekong memainkan peranan penting. Servis tunggal ini terarah kepada tekong kerana jika tak konsisten di situ mereka akan dihukum dengan kegagalan,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... hak-milik-malaysia/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:12 PM GMT+8 , Processed in 0.225545 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list