CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5826|Reply: 1

Gosip sudah berpisah dengan Ben Affleck, reaksi spontan Jennifer Lopez mengejutkan peminat

[Copy link]
Post time 25-5-2024 12:27 PM | Show all posts |Read mode

Jennifer (kanan) tidak mahu bercakap soal rumah tangganya.

PENYANYI dan pelakon Jennifer Lopez enggan mengulas lanjut berkenaan spekulasi rumah tangganya bersama Ben Affleck yang didakwa sudah goyah dan bakal berakhir.

Memetik laporan Mirror, semasa sidang media filem terbaharunya iaitu Atlas, seorang wartawan bertanya kepada aktres berkenaan mengenai khabar angin tersebut, namun pengacara majlis memotong soalan berkenaan.

Jennifer bagaimanapun dilihat tertawa dan memandang tepat ke arah wartawan tersebut sambil berkata 'anda lebih tahu'.



Hubungan Ben dan Jennifer didakwa sudah mulai goyah.

Video yang dimuat naik di Instagram @elgordoylaflaca itu mendapat lebih daripada sejuta tontonan dan rata-rata netizen melihat perubahan pada wajah Jennifer.

"Dia (Jennifer) kelihatan sangat terluka apabila ditanya soalan itu.

"Daripada ditanya tentang Ben, lebih baik tanya soalan tentang kerjaya dan projek seterusnya," komen netizen.


Sebelum ini, In Touch melaporkan pasangan selebriti berpengaruh Hollywood itu dilaporkan bakal bercerai dan Ben juga sudah 'angkat kaki' dan keluar dari kediaman mewah mereka.

Jennifer dan Ben juga dikatakan bakal menjual banglo mewah tersebut sebagai salah satu penyelesaian penceraian mereka.

Untuk rekod, Jennifer dan Ben pada awalnya menjalinkan hubungan percintaan pada awal tahun 2000.

Bagaimanapun hubungan tersebut terputus apabila mereka membatalkan perkahwinan pada 2003.

Pada 2021, mereka kembali bercinta dan kemudiannya mendirikan rumah tangga setahun kemudian.

https://www.mstar.com.my/spotlig ... mengejutkan-peminat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2024 03:32 AM From the mobile phone | Show all posts
tak pelik as predicted cuma tak sangka seawal nie..jlo suka in control..kena dgr ckp dia..sejenis keras kepala..susah nak please dia..dan sejenis cepat bosan..ben plk nmpk man-child..mcm lelaki lembik..tak berfungsi dlm rumahtangga..alcoholic dan gambler..ben rimas!!!jennifer garner jgk yg bagus boleh tahan dgn sikap ben nie..sentiasa bg dorongan dkt ben..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.034616 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list