View: 5760|Reply: 2
|
Didakwa menipu elak bayar hutang lebih RM700,000, Sean Kingston dan ibu ditahan polis
[Copy link]
|
|
Rumah Sean turut diserbu pihak berkuasa.
PENYANYI Sean Kingston ditahan pihak berkuasa di California, Amerika Syarikat atas dakwaan melakukan penipuan.
Lebih mengejutkan lagi penangkapan tersebut dibuat selepas rumahnya di Florida diserbu pihak polis dan ibunya iaitu Janice Turner juga ditahan.
Perkara berkenaan disahkan oleh pihak berkuasa tempatan yang memaklumkan serbuan dibuat ke rumah Sean selepas menerima laporan bagi membolehkan siasatan dilakukan.
Sean didakwa melakukan penipuan.
Penahanan penyanyi ini dipercayai susulan laporan dibuat oleh sebuah syarikat iaitu Ver Ver Entertainment yang mendakwan Sean gagal menjelaskan bayaran penuh bagi pembelian set televisyen serta sistem bunyi.
Sean dikatakan gagal membuat baki bayaran sebanyak kira-kira RM708,000 selepas pemasangan alat tersebut dibuat.
Malah dia juga berjanji untuk melakukan video promosi bersama penyanyi Justin Bieber namun ia tidak dilaksanakan.
Laporan dibuat oleh syarikat berkenaan pada Februari lalu disebabkan Sean melanggar perjanjian selain cuba mengelak setiap tuntutan hutang dilakukan.
Sebelum ditahan pihak berkuasa penyanyi lagu Beautiful Girl ini sempat menulis di Instagram miliknya memberitahu pihak peguam akan menguruskan hal berkenaan.
"Orang ramai suka perkara negatif. Saya dan ibu dalam keadaan baik. Peguam saya akan uruskan semua ini," ujarnya.
https://www.mstar.com.my/spotlig ... n-ibu-ditahan-polis |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg problematic duo ni
2006, Mak Kingston dah masuk jail sbb bank fraud mencuri
Kingston pun dlm probation utk trafficking stolen property
|
|
|
|
|
|
|
|
Sekilas pandang mcm cik B
|
|
|
|
|
|
|
| |
|