CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5058|Reply: 0

[Kedah] Lembu sado 660kg ditawar untuk korban

[Copy link]
Post time 27-5-2024 08:45 PM | Show all posts |Read mode
Lembu sado 660kg ditawar untuk korban

OlehROSHILA MURNI ROSLI

27 Mei 2024 04:33pm








Lembu Charolais seberat 660 kg ditawar pada harga RM 10,000 untuk ibadah korban.




KUBANG PASU - Seekor lembu sado seberat 660 kilogram (kg) antara yang ditawarkan untuk ibadah korban pada tahun ini.

Pengurus Fatimah Mz Agro Farm, Mohamad Alias Zainol Abidin berkata, lembu baka Charolais itu dijual pada harga RM10,000 seekor.



Katanya, lembu jenis ini lazimnya diminati oleh golongan ternama (VIP) kerana isi pejalnya lebih banyak.

"Selalu VIP dan usahawan minat lembu sado sebab ada yang niat beli untuk sedekahkan kepada surau atau masjid.



"Tapi tahun-tahun sebelum ini masyarakat biasa pun ada juga yang beli lembu sado kat kita, ikut atas citarasa masing- masing dan bajet mereka," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Isnin.

Menurutnya, lembu berkenaan berada dalam keadaan sihat dan dijaga dengan rapi oleh petugas ladang.

" Lembu sado ini kategori kayangan jadi penjagaannya pun kita akan pastikan yang terbaik supaya pelanggan berpuas hati dengan wang yang dibayar," katanya.

Jelas Mohamad Alias, lembu terbabit diberi makan napier, dedak, batang jagung dan soya untuk membantu tumbesarannya.




"Selain dijaga dietnya, lembu ini juga ada suntikan vaksin daripada veterinar dan diberi mandi setiap hari.

"Kebersihan dan kesihatan memang faktor yang ditekankan di ladang ternakan kami di sini, sebab kami jual lembu untuk orang buat ibadah korban, mesti kita nak yang terbaik," katanya.

Bagaimana pun katanya, lembu baka ini tidak ditawarkan secara tompok seperti kebanyakan lembu lain di ladang mereka.

"Kalau kita buat tompok risau pula tak dapat nak cukupkan tujuh bahagian tompok itu sebab harga tompok pasti mahal juga.

"Jadi nak mudahkan, kita jual sahaja seekor terus, tetapi kalau nak minta kita uruskan proses

Mohamad Alias, setakat ini, pihaknya masih membuka tawaran kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan lembu sado berkenaan.


"Mereka boleh datang ke ladang kita di Sintok ini untuk melihat sendiri keadaan lembu supaya lebih berpuas hati," katanya





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.182372 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list