CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4096|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tindakan tegas terhadap pemaju projek pakej 2 jika ada aduan gangguan

[Copy link]
Post time 28-5-2024 02:31 PM | Show all posts |Read mode
Tindakan tegas terhadap pemaju projek pakej 2 jika ada aduan gangguan

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

28 Mei 2024 11:53am








Zairil




GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pemaju Projek Pakej 2: Jalan Pintasan dari Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ke Ayer Itam jika projek itu didapati mengganggu penduduk setempat.

Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital, Zairil Khir Johari berkata, tindakan tegas itu termasuk perintah berhenti kerja atau dikenakan kompaun.



"Kerajaan negeri telah mengeluarkan amaran keras kepada pemaju projek supaya mematuhi apa sahaja peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.

“Sekiranya pihak pemaju gagal berbuat demikian, kita tidak akan teragak-agak untuk mengeluarkan arahan berhenti kerja atau mengenakan kompaun terhadap pemaju.



“Kerajaan negeri juga mengadakan mesyuarat kemajuan bulanan, yang dipengerusikan oleh saya. Menerusi mesyuarat itu, kita akan mendapat laporan bulanan mengenai projek itu,” katanya.

Zairil (DAP-Tanjung Bungah) berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Connie Tan Hooi Peng (DAP-Seri Delima) berhubung aduan penduduk berhubung gangguan daripada projek itu sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Connie juga memohon penjelasan mengenai tindakan kerajaan negeri berhubung perkara berkenaan.

Zairil berkata, sebahagian daripada projek itu telah dikenakan arahan berhenti kerja oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) baru-baru ini kerana pemaju bekerja di luar waktu dibenarkan.




"Berhubung tindakan kompaun, ia bukan untuk kerja-kerja berkaitan mitigasi," tambahnya.

Mengulas lanjut, Zairil berkata, pakej 2 adalah projek reka bentuk dan binaan, sepanjang 6 kilometer dan bukan hanya pembangunan terhad.

"Kita mempunyai pasukan khas untuk memantau dengan rapi projek ini," tambahnya.

Projek Pakej 2: Jalan Pintasan dari Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ke Ayer Itam merupakan salah satu projek di bawah Komponen Jalan-Jalan Utama dan Laluan Ketiga (PMRT) dan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) yang telah bermula sejak tahun 2021 bagi Seksyen 1 dan tahun 2022 bagi Seksyen 2 hingga Seksyen 6.

Setelah siap kelak, jalan raya bebas tol sepanjang 5.7 kilometer yang menghubungkan Bandar Baru Ayer Itam dan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ini akan memendekkan waktu perjalanan daripada 40 minit ke sekitar 5 minit.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Joseph Ng (DAP-Air Itam) mengenai langkah-langkah yang diambil untuk mencegah banjir kilat di sepanjang Lebuhraya Thean Teik yang menempatkan tapak projek ketika hujan lebat, Zairil berkata, semasa mesyuarat kemajuan bulanan baru-baru ini, beliau telah mengemukakan isu itu kepada pemaju.

“Saya diberitahu kolam pemendapan telah di dalamkan dan beberapa kolam baru telah dibina untuk menangani isu ini.

“Ia juga menjadi tanggungjawab pemaju untuk membantu membersihkan kawasan dan jalan raya di kawasan itu selepas banjir kilat,” katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-6-2024 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.081517 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list