CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4604|Reply: 0

Thailand label Azlan 'killer' nombor satu

[Copy link]
Post time 28-5-2024 05:48 PM | Show all posts |Read mode

Aksi Azlan ketika final acara berpasukan menentang Thailand pada Piala Dunia 2024. - NSTP/HAZREEN MOHAMAD

KUALA LUMPUR: Jurulatih sepak takraw Thailand, Prawet Intra memuji persembahan dipamerkan Mohamad Azlan Alias di Piala Dunia 2024 selain mengangkat apit kanan negara itu sebagai 'killer' nombor satu Malaysia.

Prawet berpandangan, Azlan sudah berusaha gigih untuk mencapai prestasi yang boleh dikatakan setara dengan pemain kebangsaan Thailand selain bijak dalam sebarang teknik digunakan ketika dalam gelanggang.

"Malaysia mempunyai pemain yang sangat bagus. Buat masa sekarang, saya boleh katakan dia 'killer' nombor satu (Malaysia). Ini kerana dia berusaha dan bijak menggunakan teknik. Sekarang ini, tahap permainannya tidak begitu jauh dengan perejam Thailand," kata Prawet yang pernah menggalas tugas sebagai tekong skuad emas Thailand di Sukan Asia Busan 2002.

Pada aksi final berpasukan Ahad lalu, Azlan diturunkan sebagai regu pertama bersama Farhan Adam (apit kiri) dan Mohammad Syahir Mohd Rosdi (tekong) dan trio berkenaan berjaya meraih mata pertama selepas menewaskan gandingan Thailand, Poramet Siriswat, Siriwat Sakha dan Varayut Jantarasena 9-15, 15-11, 15-13.


Bagaimanapun, impian untuk menamatkan kemarau 33 tahun kemenangan ke atas Thailand dalam acara berpasukan lebur selepas dua lagi regu negara tidak berupaya menjinakkan Thailand apabila tewas dalam permainan masing-masing sekali gus memberikan skuad Gajah Perang memuktamadkan kemenangan 2-1.

Namun, Malaysia masih boleh berbangga dengan pencapaian pada edisi kali ini apabila merangkul dua gelaran, masing-masing dalam acara double dan regu sekali gus menunjukkan prestasi skuad negara kini berada di tahap positif.

Malah, Azlan turut menjadi tonggak ketika skuad negara memenangi acara regu bersama Syahir (Haziq Hairul Nizam) dan Farhan.

"Sangat bagus. Malaysia mempunyai usaha pembangunan sepak takraw. Banyak kejohanan yang dianjurkan dan juga pembangunan dilakukan. Sekarang (Malaysia) boleh meraih gelaran dalam acara double dan regu.

"Saya harap rakyat Malaysia dapat menyokong pembangunan yang ada ini," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan ... -killer-nombor-satu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 48982 Replies : 26
Saya dengan ini isytiharkan undang-undang tentera darurat," kata Encik Yoon dalam ucapan langsung di tv,Presiden Korea Selatan isytihar undang-undang tentera darurat
YgBenarSaya dengan ini isytiharkan undang-undan
Views : 4077 Replies : 3
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 257005 Replies : 7116
Jarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran akaun 3 KWSP cecah RM10.78 bilion
YgBenarJarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran
Views : 50388 Replies : 28
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 1986 Replies : 11
Isu keganasan Rumah Tangga zahnita
PenjaraPetaiIsu keganasan Rumah Tangga zahnita
Views : 11042 Replies : 276
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 92566 Replies : 933
Tragedi Disember, malu apa masuk la sini jap!
maklukpenggodaTragedi Disember, malu apa masuk la sini
Views : 47102 Replies : 21
Tular dakwaan orang ramai barangan sumbangan Khairul Aming telah diasingkan dan mangsa banjir dipercayai hanya menerima sebungkus biskut serta mi segera sahaja.
YgBenarTular dakwaan orang ramai barangan sumba
Views : 4892 Replies : 1
Banjir reda, 8 kematian dicatatkan
maklukpenggodaBanjir reda, 8 kematian dicatatkan
Views : 18896 Replies : 113

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.037526 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list