CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8629|Reply: 0

Leclerc dijangka terus menyerlah

[Copy link]
Post time 29-5-2024 09:45 AM | Show all posts |Read mode

CHARLES Leclerc meraikan kejayaannya di podium dekat Monaco. FOTO AFP

Monaco: Ferrari menjangkakan Charles Leclerc lebih menyerlah selepas memenuhi impian mendominasi perlumbaan di halaman sendiri dekat Monaco, menurut bos pasukan, Fred Vasseur.

Pasukan Itali sudah memenangi dua daripada lapan perlumbaan Formula Satu (F1) setakat musim ini, dengan Leclerc dan Carlos Sainz masing-masing memenangi satu perlumbaan.

Juara bertahan, Max Verstappen dari Red Bull memenangi lima perlumbaan dan Lando Norris dari McLaren muncul juara satu lagi perlumbaan.

"Saya fikir ia adalah sesatu yang penting," kata Vasseur kepada pemberita selepas pasukannya memenangi perlumbaan Ahad lalu.



"Dia (Leclerc) menggalas bebanan di bahunya selama bertahun-tahun untuk cuba menang di Monaco, kadang-kadang dia melakukan kesilapan kecil seperti di F2 (sesi latihan kedua), kadang-kadang dia tidak bernasib baik seperti di F1 (sesi latihan pertama).

"Saya rasa dengan keyakinan dirinya dan pengalamannya selama ini, Charles akan dapat melakukan sesuatu yang lebih baik," katanya lagi.

Vasseur melihat sekurang-kurangnya tiga pasukan akan bersaing merebut kejuaraan pada musim ini.

Pemandu McLaren, Oscar Piastri dari Australia menduduki tempat kedua pada Ahad lalu di Monaco manakala pemandu Sepanyol, Sainz, pemenang di Australia pada Mac lalu, menduduki tempat ketiga.

Norris berada di tempat keempat, dan George Russell dari Mercedes kelima.

"Saya rasa sekurang-kurangnya tiga pasukan akan bersaing tetapi saya fikir Mercedes tidak begitu jauh, dan ketiga-tiga pasukan ini mampu bersaing untuk kedudukan petak pertama selain bersaing memenangi perlumbaan," kata Vasseur.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... gka-terus-menyerlah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.035044 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list