CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7507|Reply: 0

Semua pemain Harimau Malaya rasa minit permainan

[Copy link]
Post time 1-6-2024 05:44 PM | Show all posts |Read mode

Safawi Rasid (kiri) mengawal bola ketika berdepan Perak FC. - Foto FB FAM

KUALA LUMPUR: Aksi persahabatan tertutup antara skuad Harimau Malaya berdepan Perak FC di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam disifatkan mencapai objektif selepas semua pemain yang berada dalam skuad mendapat minit permainan.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman menjelaskan aksi persahabatan tertutup itu dirangka untuk menguji semua pemain sebagai persediaan untuk mengharungi baki dua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.

"Kita mahu menguji semua pemain yang ada ketika aksi persahabatan tertutup itu. Semua pemain dapat beraksi dalam perlawanan selama 70 minit itu.

"Perlawanan persahabatan ini lebih kepada latihan dan untuk memberi pendedahan kepada pemain yang belum lagi diuji," kata Noor Azman.


Terdahulu, skuad bimbingan Kim Pan Gon hanya menang tipis 1-0 ke atas 'The Bos Gaurus' dengan jaringan kemenangan disumbangkan Daniel Ting pada minit ke-17.

Skuad negara ketika ini dalam rangka persiapan untuk Kelayakan Piala Asia 2026/ Piala Asia 2027 yang menyaksikan mereka akan berdepan pasukan di ranking ke-100 dunia, Kyrgyzstan di Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek pada 6 Jun ini.

Mereka kemudiannya akan pulang bagi perlawanan keenam bertemu pasukan di ranking ke-159 dunia, Chinese Taipei di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Jun.

Sebagai rekod, dua kekalahan berturut-turut di tangan Oman pada aksi kelayakan, Mac lalu menyaksikan skuad negara menghuni tangga ketiga Kumpulan D dengan enam mata, tiga mata di belakang Kyrgyzstan selaku pendahulu dan Oman di tangga kedua.

Hanya dua pasukan teratas bagi setiap kumpulan akan mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 selain meraih slot automatik ke Piala Asia 2027.
https://www.bharian.com.my/sukan ... asa-minit-permainan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.173123 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list