CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2903|Reply: 0

Rekod baharu Shereen belum memadai

[Copy link]
Post time 3-6-2024 11:46 AM | Show all posts |Read mode

SHEREEN mencipta sensasi di bumi AS apabila memecahkan rekod 400m miliknya dengan catatan baharu 51.79s kelmarin.

RATU pecut negara, Shereen Samson Vallabouy meraih tonik terbaik untuk memburu slot secara merit ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas memecahkan rekod 400 meter (m) kebangsaan miliknya di Amerika Syarikat (AS) kelmarin.

Atlet berusia 25 tahun itu merakam masa 51.79 saat (s) pada Kejohanan Music City Track Carnival di Tennessee, AS sekali gus memadam catatan lama 51.80s yang dilakukannya di California tahun lalu.

Bagaimanapun, Shereen masih perlu bekerja lebih keras memandangkan dia perlu melakukan masa sekurang-kurangnya 50.95s jika mahu melayakkan diri ke Olimpik Paris secara merit.

Shereen kini berada di kedudukan ke-77 kelayakan Olimpik Paris dan mempunyai kurang 27 hari lagi untuk berlari di bawah masa 50.95s bagi melayakkan diri secara merit ke temasya yang akan bermula 26 Julai ini.

Pengarah Teknikal Kejurulatihan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Robert Ballard berharap Shereen terus meningkatkan lariannya terutama Terbuka Malaysia di Kuantan pada 14 hingga 16 Jun ini dan juga Terbuka Kazakhstan di Almaty (23-23 Jun).

“Shereen berjaya memperbaharui rekod kebangsaan 51.79s miliknya. Ini satu pencapaian yang hebat dan membuktikan latihan serta komitmen telah membantunya mendapatkan larian terbaik.

“Tahniah kepada Shereen, jurulatihnya Derrick White dan seluruh pasukan sokongan. Persembahan terbaik Shereen sepatutnya meningkatkan kedudukannya dalam kelompok 60 terbaik raking kelayakan Olimpik Paris.

“Bagaimanapun, hanya kelompok 48 teratas akan ke Paris. Jadi, Shereen harus melakukan sekali lagi di Terbuka Malaysia dan juga di Kazakhstan untuk membantunya layak ke Paris atau menempatkan diri dalam kelompok 48 terbaik,” katanya kepada Kosmo! semalam.

KOM sebelum ini menegaskan jaguh pecut 100m negara, Muhammad Azeem Fahmi serta Shereen menjadi dua nama berpotensi diberikan tiket wildcard ke Olimpik Paris.

Bagaimanapun, hanya satu tiket wildcard boleh diberikan seandainya mereka berdua tidak dapat melayakkan diri ke temasya berkenaan secara merit.

Difahamkan, hanya atlet 100m dan 800m akan diberikan tiket wildcard sekali gus menyebabkan peluang Shereen untuk layak dilihat tipis.
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... reen-belum-memadai/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 39193 Replies : 614
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 41132 Replies : 317
PRK Mahkota, UMNO letak calon muda
maklukpenggodaPRK Mahkota, UMNO letak calon muda
Views : 18369 Replies : 1
Cikki hampir diperkosa di rumah urut akhirnya berjaya dekk....kau mampooo?
ModngengadeCikki hampir diperkosa di rumah urut akh
Views : 53184 Replies : 20
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 8325 Replies : 87
[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae In, Jung So Min (Mulai 17 Aug 2024)
xyla73[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae
Views : 26403 Replies : 99
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 119511 Replies : 3324
Sandra Lim - dinobatkan juara Miss Universe Malaysia 2024
follesegalSandra Lim - dinobatkan juara Miss Unive
Views : 21139 Replies : 33
Kanak2 hilang....
ModngengadeKanak2 hilang....
Views : 20770 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 97375 Replies : 5148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 10:43 AM GMT+8 , Processed in 0.034429 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list