View: 3774|Reply: 0
|
Duplantis kempunan pecah rekod dunia sendiri
[Copy link]
|
|
DUPLANTIS berjaya melepasi cubaan pertama. FOTO AFP
Stockholm: Armand Duplantis dari Sweden gagal dalam satu lagi percubaan untuk memecahkan rekod dunia lompat bergalah miliknya sendiri tetapi terus mempamerkan aksi cemerlang menjelang Sukan Olimpik Paris dekat Liga Berlian di Stadium Olimpik Stockholm, awal pagi tadi.
Juara Olimpik dan dunia itu memecahkan rekodnya buat kali kelapan dengan catatan 6.24 meter (m) pada April lalu, dan selepas melepasi percubaan pertama dengan ketinggian 6.00m, dia cuba untuk melakukan catatan lebih baik.
Bagaimanapun Duplantis tidak dapat melepasi ketinggian 6.25m dalam tiga percubaannya selepas itu.
Juara dunia dua kali dari Amerika, Sam Kendricks menduduki tempat kedua dengan ketinggian 5.90m.
Sementara itu, pemegang rekod dunia, Lamecha Girma, mencatat masa terpantas di dunia musim ini apabila memenangi acara lari berhalangan 3,000 meter lelaki dengan catatan masa 8:01.63s.
Dia mengatasi rakan senegara dari Ethiopia, Samuel Firewu, yang mencatat masa terbaik peribadi 8:05.78s.
Femke Bol kembali melakar kemenangan dalam aksi luar dewan pertamanya tahun ini apabila tidak menghadapi banyak masalah untuk memenangi acara lari berpagar 400m wanita dengan catatan masa 53.07s.
"Ia sangat menyeronokkan. Penyokong di Stockholm benar-benar menakjubkan," kata Bol.
Juara dunia dua kali dari Amerika, Chase Jackson pula memenangi acara lontar peluru wanita dengan lontaran kedua sejauh 20m sekali gus cukup untuk mengalahkan juara dunia dalam dewan dari Kanada, Sarah Mitton, yang menduduki tempat kedua dengan 19.98m.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... rekod-dunia-sendiri |
|
|
|
|
|
|
| |
|