View: 5816|Reply: 0
|
Tukang urut bergelar juara dunia
[Copy link]
|
|
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyampaikan bunga kepada atlet boling padang para negara, Muhamad Ayub Mohd ketika menyambut kepulangan skuad negara pulang dari Kejohanan Boling Padang Dunia 2024 Afrika Selatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). NSTP/MOHD FADLI HAMZAH
KUALA LUMPUR: Pengorbanan atlet boling padang para negara yang juga seorang tukang urut, Muhamad Ayub Mohd berbalas selepas berjaya memenangi pingat emas acara perseorangan lelaki B2 (separa rabun) di Kejohanan Boling Padang Dunia di Afrika Selatan yang berakhir Jumaat lalu.
Atlet berusia 42 tahun itu, berkata kejayaan merangkul emas sulung di pentas antarabangsa cukup bermakna buat dirinya terutama selepas terpaksa berkorban meninggalkan isteri yang juga orang kelainan upaya (OKU) untuk menguruskan anak-anak.
Katanya, dia bekerja keras untuk memberikan terbaik di kejohanan berkenaan kerana sedar Malaysia sudah lama tidak memenangi emas di Kejohanan Dunia sejak kali terakhir memenanginya pada edisi 2004.
"Alhamdulillah saya benar-benar terharu kerana ini adalah emas pertama di kejohanan dunia. Lebih 10 tahun saya membabitkan diri dalam sukan ini dan ini kali pertama saya meraih pingat emas di peringkat antarabangsa.
https://www.bharian.com.my/sukan ... ergelar-juara-dunia |
|
|
|
|
|
|
| |
|