View: 3973|Reply: 0
|
Russell tak terkejut jika Verstappen berehat seketika
[Copy link]
|
|
RUSSELL (kanan) sedia bergandingan dengan Verstappen. FOTO AFP
London: George Russell berkata dia sama sekali tidak akan terkejut jika Max Verstappen memutuskan untuk berehat pada 2026 bagi menilai pilihannya di Formula Satu (F1).
Masa depan Verstappen menjadi topik hangat sejak awal tahun ini dan pemandu Red Bull itu dikaitkan dengan perpindahan ke Mercedes.
Walaupun Verstappen mempunyai kontrak sehingga 2028, dia mempunyai beberapa klausa yang membolehkannya meninggalkan pasukan dalam kontraknya.
Faktor lain yang perlu dipertimbangkan ialah peraturan baharu pada 2026, di mana Red Bull akan membina enjin mereka sendiri buat kali pertama.
Mercedes masih belum membuat keputusan mengenai pemandu mana yang akan bergandingan dengan Russell pada 2025 berikutan keputusan mengejut Lewis Hamilton untuk menyertai Ferrari.
Russell tetap terbuka untuk bekerjasama dengan Verstappen sekiranya Mercedes berjaya menandatangani pemandu sensasi itu namun tidak menolak juara dunia tiga kali itu juga mempunyai pilihan untuk berehat seketika.
"Saya akan berdepan cabaran besar jika pemandu terbaik menyertai Mercedes terutamanya di sesi kelayakan dan perlumbaan. Saya perlu pamer prestasi terbaik, itu saja yang mampu saya lakukan.
"Max boleh mengambil cuti selama setahun pada 2026 dan melihat pasukan mana yang terbaik. Saya tidak akan terkejut sama sekali jika dia melakukannya. Ingat, 2026 adalah berbeza, jadi anda tidak tahu apa yang akan berlaku," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... en-berehat-seketika |
|
|
|
|
|
|
| |
|