CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2468|Reply: 16

[Jenayah] "ZIM" - Cuba Memasuki Laluan Darat Di Perlis, Lori Kontena Ayam Beku Israel Diarah Berpatah Balik!

  [Copy link]
Post time 5-6-2024 01:56 PM | Show all posts |Read mode




Selepas kecoh di Johor Sabtu lalu, satu lagi kontena tertera logo ZIM, syarikat perkapalan berpangkalan di Israel dikesan dan kali ini cuba memasuki negara ini melalui laluan darat di Perlis

Ia dikesan telah cuba memasuki negara ini melalui laluan darat di Perlis. Bagaimanapun, lori kontena membawa muatan dagangan ayam sejuk beku yang baharu tiba dari sempadan Malaysia-Thailand itu berjaya dihalang Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), sebelum diarah berpatah balik dengan segera.

Menerusi Berita Harian, Pengarah Kastam Perlis, Ismail Hashim berkata, perkara itu dikesan kira-kira jam 12 tengah hari Ahad, selepas lori kontena terbabit melalui terowong mesin pengimbas di Unit Dagangan Jalan Raya, Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQs).

"Semasa proses imbasan imej, pengendali mesin pengimbas mengesan kontena digunakan berasal dari Israel berdasarkan logo ZIM yang tertera pada badan dinding luar kontena itu.

"Oleh itu, lori terbabit ditahan bagi mendapat pengesahan dan pemeriksaan lanjut," katanya.

Semakan bersama pihak agensi kerajaan lain mengesahkan kontena itu adalah dilarang memasuki negara ini kerana dipercayai milik syarikat berpangkalan dari Israel.

"Kita segera mengarahkan lori kontena berisi barang dagangan berkenaan berpatah balik ke negara jiran pada hari sama," katanya.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan siasatan segera dilakukan mengenai dakwaan kewujudan kontena syarikat perkapalan berpangkalan di Israel, ZIM, di sebuah pelabuhan di Iskandar Puteri di Johor.

Beliau menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana syarikat yang mempunyai kaitan secara langsung dengan Israel.

Ia susulan isu dibangkitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad, mengenai keresahan orang ramai berhubung kewujudan kontena dari Israel di pelabuhan terbabit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-6-2024 01:56 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 08:28 PM | Show all posts
ada delivery ke malaysiakah?
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 10:10 PM | Show all posts
Dalam tu ayam Israel ka ayam Siam?
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Zim zim ala zim zim


Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kontena kosong... Kapal.nak masuk pun tak boleh.. acaner tu... Kecoh2 org melayu suka le.. post ke Israel?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-6-2024 08:51 AM | Show all posts
Semua pengimportan dagangan dari Israel (IL) perlu dapat kelulusan/permit dari MITI. Ikut keadaan semasa memang sorry tak dibenarkan masuk Malaysia. Kastam akan minta Return to Owner (RTO)/Patah balik ke Origin Country
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 09:21 AM | Show all posts
dan dan je kastam johor menafi
dah kecoh2 terus kata sekadar berlabuh

jangan bagi singgah pun patutnye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2024 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Ayam beku pulak? Itu ari kurma. Makin besar item, makin dan makin nampak.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 11:17 AM | Show all posts
Once  - An Accident
Twice - A Coincidence
Three Times - A Pattern
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 11:29 AM | Show all posts
banyak betul cubaan setan2 nak cuba nasib dan lihat apa reaksi penduduk asal Tanah Melayu
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 11:33 AM | Show all posts
kontena je israel punya, company israel, bahan dlm tu mungkin dr china, siam or mana2 negara lain. Bukannya brg dr israel direct. Transporter akan arrange container utk kita. kalau kita nak container mesra alam, drg akan arrange lah bg kat kita container mesra alam tu. jgnlah kita ingat beli brg kat shopee, container pun dr shopee. maybe ada tapi tak bnyk. ada masa lain kena guna container company lain.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 03:40 PM | Show all posts
kucingitam replied at 6-6-2024 11:33 AM
kontena je israel punya, company israel, bahan dlm tu mungkin dr china, siam or mana2 negara lain. B ...

Setuju. Kontena tu boleh disewa kepada sesiapa sahaja. Dagangan bukan direct dari Israel tapi kontena kosong tu je mungkin asal dari sana.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 03:52 PM | Show all posts
ayam dah cucuk vaksin ke dalam kontena tu...klu terrrrrmakan xjadi kafir ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
pokokmeranti replied at 6-6-2024 03:52 PM
ayam dah cucuk vaksin ke dalam kontena tu...klu terrrrrmakan xjadi kafir ke?

Kosherkah?


Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 03:57 PM | Show all posts

yg import sudah pasti non-muslim. org islam mana nak peduli kosher wlupun sembelihan hampir sama dgn islam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2024 04:04 PM | Show all posts
zim sala bim
abrakadabra hilang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-6-2024 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.061253 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list