View: 3275|Reply: 0
|
[Johor]
Anggota polis direman berkait kes rogol remaja bawah umur
[Copy link]
|
|
SUSPEK dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat untuk mendapatkan perintah reman. FOTO Alias Abd Rani
Batu Pahat: Seorang anggota polis direman tujuh hari di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, bagi membantu siasatan berhubung kejadian rogol membabitkan remaja perempuan bawah umur di sebuah hotel, semalam.
Perintah reman bermula hari ini sehingga 11 Jun dikeluarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Mengikut laporan, suspek berusia 26 tahun dipercayai baru mengenali mangsa menerusi aplikasi WhatsApp.
Suspek kemudiannya dilaporkan mengajak mangsa berusia 13 tahun ke sebuah hotel bajet di tengah bandar ini sebelum melakukan perbuatan itu.
Kejadian itu berlaku pada jam 3 petang semalam dengan mangsa kemudiannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat pada hari sama.
Bertindak atas laporan dibuat, polis berjaya menahan suspek yang juga konstabel bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.
Suspek berbaju jaket serta memakai topi tiba di perkarangan mahkamah sekitar jam 8.30 pagi untuk direman.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... l-remaja-bawah-umur |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|