CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2068|Reply: 0

Cools tepis dakwaan Harimau Malaya tertekan

[Copy link]
Post time 5-6-2024 05:31 PM | Show all posts |Read mode

COOLS akui kunci kekuatan pasukan bersandarkan kepada 11 pemain. FOTO Ihsan Persatuan Bolasepak Malaysia

Kuala Lumpur: Ketua pasukan negara, Dion Cools menepis dakwaan skuad Harimau Malaya kini tertekan ekoran ketiadaan dua bintang utama Faisal Halim dan Arif Aiman Hanapi yang disisihkan ekoran kecederaan.

Jelas tonggak pertahanan berdarah kacukan itu, kekuatan pasukan tidak terhad kepada dua pemain itu sebaliknya ia membabitkan kesemua barisan pemain termasuk di bangku simpanan.

"Pasukan kami bukan menyandarkan kepada bahu satu atau dua pemain sahaja tetapi kunci kekuatan kami adalah 11 pemain dan juga di bangku simpanan yang mampu bawa perubahan dalam permainan.

"Saya tak terlalu fikirkan soal itu tetapi jika ada mereka sudah tentu saya gembira.


"Lebih utama tiada tekanan atau perasaan negatif disebabkan ketiadaan mereka," katanya pada sidang media perlawanan di Bishkek, hari ini.

Skuad negara kendalian Kim Pan-gon wajib menang ke atas Kyrgyzstan jika mahu layak ke pusingan ketiga Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 apabila turun di Stadium Dolen Omurzakov, malam esok.

Kemenangan itu akan membolehkan Malaysia mengumpul sembilan mata untuk menyamai Kyrgyzstan dalam Kumpulan D, sebelum mengakhiri kempen dengan menentang Taiwan di Bukit Jalil pada Selasa depan.

Terdahulu, kem negara menerima tamparan hebat apabila kehilangan enam pemain dengan lima daripadanya adalah tonggak utama pasukan di Piala Asia 2023 di Qatar Januari lalu.

Selain Faisal dan Arif Aiman, Pan-gon turut terpaksa melupakan khidmat penyerang prolifik, Darren Lok; Romel Morales; penjaga gol, Syihan Hazmi dan penyerang yang dipanggil semula, Syafiq Ahmad, dengan kesemuanya mengalami kecederaan.

Menurut Cools lagi, barisan pemain perlu fokus dan memberi sepenuh tumpuan untuk aksi menentang Kyrgyzstan itu.

"Ini adalah bola sepak di mana kecederaan boleh dialami dan saya doakan mereka segera sembuh. Tapi akhirnya kami perlu gunakan pemain yang ada dan kami sedia untuk perlawanan, di mana kami miliki skuad yang terbaik," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... mau-malaya-tertekan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.524093 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list