CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5356|Reply: 0

Jerman perlu belajar daripada Madrid - Rudiger

[Copy link]
Post time 6-6-2024 11:48 AM | Show all posts |Read mode

Bek Jerman, Antonio Rudiger berkata skuad negaranya boleh belajar daripada Real Madrid bagaimana untuk memenangi perlawanan. - Foto AGENSI

BERLIN: Jerman boleh belajar daripada juara baharu Liga Juara-Juara Eropah, Real Madrid, bagaimana untuk memenangi perlawanan, kata pemain pertahanan, Antonio Rudiger.

Rudiger memenangi Liga Juara-Juara bersama Real minggu lalu, selepas kemenangan 2-0 ke atas Borussia Dortmund - yang mempunyai banyak peluang menjaringkan gol, terutama di babak pertama.

Ia adalah kemenangan ke-15 Real dalam Kejuaraan Eropah, selepas belum pernah tewas dalam aksi final lebih daripada 40 tahun.

"(Jerman dan Real), dua pasukan berbeza. Di sini kami mempunyai sistem baik yang sesuai dengan permainan kami tetapi kami boleh mempelajari deria membunuh daripada Madrid.


"Perlawanan kami menentang Ukraine sangat bagus. Sudah lama kami tidak seri 0-0 dan ia sesuatu yang baik, cuma yang tidak ada hanyalah jaringan dan itu sesuatu yang boleh dipelajari daripada Madrid," kata Rudiger.

Jerman menguasai aksi persahabatan menentang Ukraine kelmarin, tetapi gagal membolosi gawang lawan selepas beberapa peluang sekadar tersasar atau terkena tiang.

Perkara sama berlaku ketika Piala Dunia 202 yang menyaksikan Jerman tersingkir awal di peringkat kumpulan untuk dua edisi berturut-turut.

Jerman akan bertemu Greece esok untuk aksi pemanas badan terakhir sebelum memulakan kempen Kumpulan A Euro 2024 menentang Scotland pada 14 Jun. Hungary dan Switzerland turut membarisi kumpulan berkenaan. - REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... pada-madrid-rudiger
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.051146 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list