CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5268|Reply: 0

Casemiro pilih kelab kerdil Sepanyol

[Copy link]
Post time 6-6-2024 11:49 AM | Show all posts |Read mode

Pemain tengah Manchester United, Casemiro mencari cabaran baharu bersama kelab divisyen empat Sepanyol, Marbella. - Foto AGENSI

MARBELLA, Sepanyol: Pemain tengah Manchester United, Casemiro mencari cabaran baharu bersama kelab divisyen empat Sepanyol, Marbella.

Pemain Brazil itu dikritik teruk sejak beberapa bulan lalu selepas aksi hambar bersama bekas kelabnya, Manchester United.

Masa depannya di Old Trafford mula menjadi tanda tanya dan Casemiro turut dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Arab Saudi, Al-Nassr.

Casemiro bagaimanapun memilih untuk beraksi bersama Marbella FC yang menjanjikan masa depan sebagai pengarah serta rakan kongsi kelab itu.


"Ia satu penghargaan buat saya untuk menyertai Marbella FC kerana dorongan utama saya ialah potensi perkembangan yang besar untuk kelab.

"Saya pernah ke Marbella beberapa kali bersama keluarga, kami jatuh cinta dengan kota ini ingin tinggal di sini.

"Tugas membawa Marbella ke peringkat tertinggi satu cabaran besar, tetapi sekarang kami perlu menikmati kenaikan ke Primera," kata Casemiro. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... lab-kerdil-sepanyol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.502341 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list