CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4193|Reply: 13

[Tempatan] Menteri pendidikan lembik isu BM di sekolah Cina - Bersatu

[Copy link]
Post time 6-6-2024 02:53 PM | Show all posts |Read mode
Menteri pendidikan lembik isu BM di sekolah Cina - Bersatu

https://www.malaysiakini.com/news/707879

Diterbitkan:  Jun 6, 2024 1:16 PM
Dikemaskini: 1:16 PM



Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek digelar "lembik dan tidak bermaya" dalam menangani bantahan berhubung pelaksanaan satu kelas guna bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah Cina.

Ketua Penerangan Bersatu, Razali Idris, berkata tindakan lembaga pengarah serta Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) sekolah berkenaan yang ingkar arahan kementerian seolah-olah mencabar Perlembagaan Persekutuan.

"Rakyat hairan mengapa menteri pendidikan dilihat kurang tangkas dan tuntas menangani bantahan keras lembaga sekolah serta PIBG daripada 11 Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Menengah Cina SM (C) di Pulau Pinang berhubung pelaksanaan secara paksa sekurang-kurangnya satu kelas menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

"Menteri Pendidikan dilihat lembik dan tidak bermaya seolah-olah membiarkan sekolah separuh kerajaan jenis Cina itu mendakwa hampir semua ibu bapa di sekolah mereka menentang dasar itu dan enggan memasukkan anak mereka ke dalam kelas.

"Tindakan PIBG itu seolah-olah mencabar Perlembagaan Persekutuan yang sangat jelas dalam soal memartabatkan Bahasa Melayu di negara ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Razali Idris

Semalam, lembaga sekolah serta PIBG daripada 11 SMJK dan Sekolah Menengah Cina SM (C) di Pulau Pinang membantah pelaksanaan secara paksa sekurang-kurangnya satu kelas menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Bercakap kepada pemberita, sekolah separuh kerajaan jenis Cina itu mendakwa hampir semua ibu bapa di sekolah mereka menentang dasar itu dan enggan memasukkan anak mereka ke dalam kelas.

Mereka juga menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) mendengar bantahan, menghormati kehendak ibu bapa dan kembali kepada hasrat asal Program Dwibahasa (DLP) dalam Sains serta Matematik.

Pada masa ini, Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris di sekolah itu.

Mengulas lanjut Razali berkata, apakah bantahan berkenaan tidak menyentuh soal 3R, selain mendakwa pihak berkenaan semakin berani mempersoalkan agenda dan polisi kerajaan yang sudah tentu ada kebaikan bersama.

"Apa masalahnya mengenai arahan kementerian yang hanya ingin menguatkuasakan pelaksanaan sekurang-kurangnya satu kelas menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua SMJK mulai tahun ini ?

"Apa yang dikatakan kekeliruan dan ketidakseimbangan psikologi dalam kalangan pelajar?

“Rasanya yang keliru adalah pihak yang masih tidak menyedari bahawa bahasa Melayu adalah bahasa perpaduan dan muhibah," katanya lagi.

Tegas Razali, jangan sesekali meremehkan sistem pendidikan kebangsaan dan jangan pula memberi ruang semula untuk pihak lain membangkitkan soal aliran sekolah.

Katanya, bahasa Melayu seharusnya dimartabatkan dengan  bahasa-bahasa lain terus terpelihara.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2024 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Pembangkang bersuara.


Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 6-6-2024 03:33 PM

Jali bodo ni taknak petik Dap sekali ke??

Mmg tak la kann..sbb bukan Dap yg bantah,tapi PIBG 11 sekolah tu je..


Ni semua salah Atok saka yg ngengada pi tukar science dgn math dlm BI dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 03:21 PM | Show all posts
ini salah PAS yg tahaluf dgn DAP dan agungkan Bang Non...lihatlah kesannya skrg. DAP x memusuhi isleeeeeeeeeeeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
BM di sekolah: Ada pihak cuba cetuskan kekeliruan
Diterbitkan:  Jun 6, 2024 2:48 PM




Jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil, membidas beberapa pihak yang membuat persepsi tidak benar mengenai isu yang dibangkitkan lembaga sekolah dan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) 11 sekolah menengah jenis kebangsaan (SMJK) dan sekolah menengah Cina (SMC) di Pulau Pinang sehingga menimbulkan kekeliruan ramai.

Dia yang juga menteri komunikasi berkata isu sebenar yang dibangkitkan oleh pihak terbabit ialah mengenai dasar pelaksanaan Program Dwibahasa (DLP) bagi pengajaran Matematik dan Sains, bukan menghapuskan sepenuhnya bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

“Saya difahamkan isu yang berbangkit adalah berkaitan bantahan PIBG mengenai dasar DLP bagi pengajaran Matematik dan Sains, bukannya menghapuskan sepenuhnya Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

“Apa yang mereka (PIBG) sampaikan itu adalah pandangan dan bantahan mereka supaya sekolah-sekolah mereka diteruskan DLP dalam bahasa Inggeris (Sains dan Matematik), itu yang mereka maksudkan,” katanya.

Fahmi berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Sembang Santai Komuniti Madani Parlimen Nibong Tebal di Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan hari ini.


Menurut Fahmi bagi menyelesaikan isu yang dibangkitkan lembaga sekolah dan PIBG itu,Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan bertemu dengan pihak-pihak terbabit untuk membincangkan secara baik perkara berkenaan dalam masa terdekat.

“Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan timbalannya Wong Kah Woh sendiri akan turun menemui pihak terbabit bagi membincangkan secara baik perkara itu,” katanya.

Fahmi turut berkata berdasarkan laporan sentimen pagi tadi, ada beberapa pihak mengeluarkan kata-kata bersifat perkauman, sekali gus membuat tohmahan tidak harmoni berhubung isu itu.


Justeru dia telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk meneliti komen-komen di media sosial yang telah dibuat dan mengambil tindakan sekiranya ada mana-mana individu atau netizen yang meletakkan komen bersifat 3R.

“Saya tidak mahu mana-mana pihak yang cuba menangguk di air yang keruh, yang cuba mempolitikkan dan mengambil sikap untuk menyentuh 3R (kaum, agama, raja) berkenaan hal ini,” katanya.

Semalam, media tempatan melaporkan lembaga sekolah serta PIBG dari 11 SMJK dan SMC di Pulau Pinang meminta KPM menghormati kehendak ibu bapa dan kembali kepada hasrat asal DLP dalam Sains serta Matematik.

- Bernama


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 03:29 PM | Show all posts
mmg malaysian chinese ni langsung takde patriotic dlm diri, bab ni respek konoho, kuat semangat patriotic dia tak kira bangsa agama, bercakap bahasa indonesia tu kelaziman
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-6-2024 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Abahmung replied at 6-6-2024 07:23 AM
BM di sekolah: Ada pihak cuba cetuskan kekeliruan
Diterbitkan:  Jun 6, 2024 2:48 PM


Baru faham bila baca ni.

Bodoh betul urang yang politiking isu ni. Bodoh.

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Dysania@72 replied at 6-6-2024 07:29 AM
mmg malaysian chinese ni langsung takde patriotic dlm diri, bab ni respek konoho, kuat semangat patr ...

Konoho tu jadi begitu sebab kena paksa. Sampai orang Cina hilang identiti, hilang budaya. Terpaksa asimilasi untuk elak dibunuh. Konoha tu dasar pemerintahan gila dulu2. Jangan sesekali lupa sentimen ganyang Malaysia mereka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2024 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian acik Fadhlina selalu dibuli. Semoga kuat dan cekal yah! Anjing betul ummah yang sikit2 tak puas hati, sikit2 tuding jari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Support bos Fadhlina!
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Korang sibuk nk usir cina xpndi ckp bahasa kebangsaan

Apa kata korang usir dulu budak2 melayu yang xpndi langsung cakap atau faham bahasa tu suruh duk oberc....poyo
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Hakikatnya cina konoha lagi teruk dari Malaysia. Dorg bukan suka bergaul pun, sekadar atas perniagaan je. Tak perlu la nk angkat tinggi sgt. Aku ramai je kawan² cina konoha. Dorg cukup hina bangsa jawa, minang dll ok.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 04:57 PM | Show all posts
dah kata dwi bahasa untuk math dengan sains..
biar la dorang guna english kalau itu lebih mudah..
sekolah kebangsaan pun sama juga kan..
boleh pilih nak guna english atau melayu..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 05:56 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 6-6-2024 06:14 PM

Sudahlah ... Jangan lagi mempermasalahkan dan menyalahkan menteri pendidikan atau bukan berbangsa melayu sebagai kambing hitam atas kegagalan bahasa melayu di negara Malaysia ...

Terimalah kegagalan itu dengan ikhlas ... maklumilah bahwa memang majority populasi di negara anda X menginginkan bahasa melayu sebagai bahasa komunikasi .... mereka lebih prefer bahasa rojak dan bahasa 9nggris menjadi bahasa utama di negara anda ..

Ingat ... Bahasa rojak adalah bahasa hasil  karya genius dan creative anak bangsa malaysia dari berbagai kaum .. bahkan banyak pihak yang meyatakan bahwa bahasa rojak telah ada sejak tahun 1400  dan luas digunakan di era empayar melaka ..

JIka menyangkut bahasa inggris .. tentu saja credibilty bahasa inggris ini jauh lebih tinggi dan berguna bagi majority rakyat malaysia .. apalagi bahasa inggris ini telah menjadi bahasa rasmi di era kolonialism british ... Selain itu bahasa inggris juga telah menjadi bahasa utama dan No. 1 dunia ...

Jadi .. berpikirlah lebih Lugas ....Lupakan bahasa melayu yang sudah usang itu ... fokuslah kepada bahaa rojak dan bahasa inggris ... Jangan lagi menoleh ke masa ampau era empayar melaka sebagai era kejayaan dan keemasan anda ... tetapi  tataplah masa hadapan .. masa hadapan yang lebih cerah dan menjanjikan bagi anda ... utamanya bagi bangsa melayu malaysia ....

Note:  
Mengapa Tanah Melayu Semenanjung masih takut dan  ragu-ragu untuk  X meniru Sarawak yang dengan tegas dan lugas telah memutuskan Bahasa Inggris sebagai bahasa rasmi di sana ... The Best for Sarawak will also to be the Best for you in Malay Peninsula ..








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-6-2024 02:23 AM GMT+8 , Processed in 0.060100 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list