CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2978|Reply: 0

[Dunia] Perogol indon ugut bunuh, noda gadis 13 tahun hingga lahir bayi

[Copy link]
Post time 6-6-2024 03:27 PM | Show all posts |Read mode
Perogol ugut bunuh, noda gadis 13 tahun hingga lahir bayi

https://www.sinarharian.com.my/a ... n-hingga-lahir-bayi

Oleh
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
06 Jun 2024 07:10am


Pelaku, Hendrawan, 46, mengaku melakukan perbuatan itu. Foto Agensi

JAKARTA - Seorang lelaki ditahan polis pada Selasa atas dakwaan memperkosa seorang remaja berusia 13 tahun hingga melahirkan bayi.

Malah lebih menyayat hati apabila bayi itu dibuang kerana remaja terbabit tidak pandai menguruskannya.

Menurut polis, peristiwa malang itu bermula pada Mei 2023, apabila pelaku menemui mangsa yang dikenali sebagai A, lalu mengajaknya ke sebuah rumah kosong kemudian memperkosanya.

"Selepas pertama kali dia diperkosa, pelaku mengancam mangsa supaya tidak memberitahu kejadian itu kepada sesiapa, jika tidak dia akan dibunuh.

"Bukan sekali dia diperkosa malah sekurang-kurangnya lapan kali pada 2023," kata ketua polis OKI AKBP, Hendrawan Susanto pada Selasa.

Difahamkan mangsa melahirkan bayinya pada 10 Mei lalu dan memutuskan untuk membuang bayinya di kawasan rumah penduduk di Desa Suka Mulya, Kecamatan Lempuing, Ogan Komering Ilir.

Bagaimanapun, bayi lelaki itu selamat setelah seorang penduduk kampung menemuinya dan telah melaporkan kejadian itu kepada polis.

Pelaku, Hendrawan, 46, yang mengakui melakukan perbuatan itu akan didakwa di bawah undang-undang Fasal 81 UU Nombor 23 Tahun 2002 tentang perlindungan anak, dan jika disabitkan kesalahan dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun. - Agensi

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-6-2024 02:32 AM GMT+8 , Processed in 0.242214 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list