CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12234|Reply: 24

[Tempatan] Malaysia Negara Ke-3 Ramai Individu ‘Single’, Faktor Ekonomi Jadi Punca Ramai Selesa Bujang.Anda setuju dengan kajian?

[Copy link]
Post time 7-6-2024 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Malaysia kini menduduki tempat ketiga di kalangan negara-negara di Asia Tenggara dengan 44.68% penduduknya dikenal pasti sebagai individu bujang.



Laporan ‘SeaAsia Stats’ yang diperoleh daripada sumber Divisyen Populasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendapati bahawa individu bujang ini merangkumi mereka yang belum berkahwin, bercerai berpisah, atau balu.

Malaysia berada di belakang Filipina yang mencatatkan peratusan tertinggi dengan 49% penduduknya berstatus bujang.

Brunei pula di tempat kedua dengan 44.9%. Kemboja, Myanmar, dan Thailand masing-masing berada di tempat keempat hingga keenam dengan peratusan 44.6%, 29%, dan 23%.

Indonesia dan Singapura mencatatkan peratusan individu bujang sebanyak 22% dan 20%, manakala Laos berada di tangga ketujuh dengan 17%.

Dua negara dengan peratusan individu bujang terendah ialah Vietnam (16%) dan Timor-Leste (13%).

Menurut Harian Metro, Kajian PBB dari tahun 1970 hingga 2021 yang melibatkan lebih 1.6 bilion individu bujang di seluruh dunia mendapati beberapa faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan jumlah individu bujang di Malaysia.

Antara faktor tersebut termasuklah pandangan terhadap perkahwinan, peningkatan ekonomi, dan keperluan sosial mereka yang masih bujang.
Multiple Polls: ( Max 3 choices ), Total 18 Users voted View Voters
26.67% (8)
10.00% (3)
3.33% (1)
3.33% (1)
10.00% (3)
6.67% (2)
16.67% (5)
0.00% (0)
3.33% (1)
10.00% (3)
10.00% (3)
0.00% (0)
0.00% (0)
Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2024 08:52 AM | Show all posts
Cemburu
Cari pasal
Sentiasa betul
Power play
Manipulatif


~duda
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2024 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Andartu (Anak dara tua) dengan Andalusia (Anak dara lanjut usia) tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2024 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
apa2 pun rujuk balik jadual di bawah:

andartu junior28-34 tahunmasih belum mandul
andartu senior 35-39 tahunkadar kemandulan yg tinggi dan peratusan meningkat berkadar langsung dgn umur
andartu forever40 tahun ke atasconfirm mandul dan menopause malah mati putik!


sape2 nak buat kajian tambahan, jgn lupa cite pengkaji asal (ifanonline, 2010), Oxford University
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2024 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Korang tak penat ka bertelur tiap2 bulan bertelur sampai 40 tahun tak pernahnya beranak sbb andartu
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2024 09:46 AM | Show all posts
yg pompuan nak bakal suami gaji minimum RM9k sebulan, yg laki pula nak cantik macam bidadari.....memilih tahap x sedar diri. akhirnya.....dapatlah statistik begitu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-6-2024 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Singapore kalau tak kawin tak dapat hdb. Lepas tu kalau dapat hdb pun dapat macam2 bantuan last2 lagi buat duit ada Downpayment rumah pun ada bantuan. Kalau siapa duduk dekat parents and jaga parents dah tua pun dapat bantuan. Siapa dapat anak dapat duit sedebuk.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2024 10:41 AM | Show all posts
expectation kepada bakal pasangan terlalu tinggi kerana pengaruh media sosial
ideal husband/wife criteria dlm media sosial susah dicari (mudah tertipu dgn content)

dulu2 org kahwin untuk hilangkan kesunyian dan ada peneman hidup
skrg ni nk hilangkan sunyi bukak je phone, peneman hidup alam maya

kualiti lelaki/wanita bujang menurun sebab hidup yang terlalu selesa
kurang kekuatan mental, emosi dan fizikal untuk berumahtangga
kurang survival and communication skill

tahap pendidikan dan exposure yg tinggi menyebabkan overthinking
terlalu memikirkan consequence sebelum memulakan sesuatu yang baru (it's a good thing but it definitely contributes to drop in marriage rate)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2024 10:42 AM | Show all posts
Edited by nusaraya at 7-6-2024 11:23 AM

RELAX ....Kau jangan terlalu khawatir masalah itu ...

Caranya ?

Datangkan lebih banyak Bangla, Rohingya, Bepal, Pakistan, India dan China serta Afrika (tentu saja utamakan yang beragama islam atau boleh kau islamkan  dan melayukan nanti) ke Malaysia untuk menutupi  kurangnya populasi di negara anda .... Bahkan kau juga bisa dengan mudah  membuat dan menambah besar populasi penduduk Malaysia menjadi 70 juta atau 100 juta .. bahkan 300 juta dengan mudah jika memang itu yang kau inginkan ..

The most important .... anda semua harus lebih ramah dan terbuka menerima kedatangan mereka ....

A simple solution to solve your problem .... Hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2024 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
pokokmeranti replied at 7-6-2024 09:46 AM
yg pompuan nak bakal suami gaji minimum RM9k sebulan, yg laki pula nak cantik macam bidadari.....mem ...

abe mat hensem...kayo,orng yg disegani..pung..x jugok berbini 4.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2024 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 7-6-2024 10:42 AM
RELAX ....Kau jangan terlalu khawatir masalah itu ...

Caranya ?

benar pak...ramai indon sudah 'DIMELAYUKAN' di Malaysia..bapak harus gembira...
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2024 01:13 PM | Show all posts
yang iols nampak... kat dalam team iols sendiri la, yang belum kawin semua acik2 peminat kpop, yang tak minat kpop selamat dah berkahwin dan ada anak... walhal mereka semua sebaya.

lagi satu iols nak tambah, yang dah kawin tu depa pandai bergaya berbanding dengan acik kpop.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2024 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
takut nak kahwin
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2024 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki skang memilih bukan main, pilih bini mcm pilih org yg boleh bgi kesenangan n makan pakai kt dorg. Terbalik dah tanggungjawab n peranan laki skang. Nak2 jumlah pompuan lak ramai n mostly budak2 skang cantik bergaya lagi la spec laki bewak tak sedar diri up...
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2024 06:28 PM | Show all posts
tak koser nak bela bewak leeee
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2024 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols lelaki suka membujang sbb lebih bebas.

Tak suka ikut cakap bini

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2024 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 7-6-2024 10:42 AM
RELAX ....Kau jangan terlalu khawatir masalah itu ...

Caranya ?

Apa masalah dgn Bangla...kenapa Indon ramai rasis dan tak suka Bangla?
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2024 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
susah nk jmpa laki yg ok skrg
lelaki baik semua dah dimiliki..tunggu la dorg jd duda ke kn..
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2024 09:12 PM | Show all posts
pasal hidup makin menjauh dari agama daaa..

إِنَّ أَعْظَمَ النِّكَاحِ بَرَكَةً أَيْسَرُهُ مَؤُونَةً

Maksudnya: Sesungguhnya, perkahwinan yang paling agung dan berkat adalah yang dipermudahkan perbelanjaannya.


Riwayat Al-Imam Ahmad

zmn skrg org kawin makin mengarut belanjanya, belum lagi majlis itu ini, nk kejar perkahwinan paling tak berkat gamaknye..belum lagi bab hantaran terang tarak dlm islam, ikut tradisi sesat. makin lama makin pupusla org melayu
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2024 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Pe salah single ke andartu ke? Bahagia cara masing2 la. Yg kawen x bahagia berlambak. Yg single happy je pon berlambak.  Yg penting fulus kepuk2 x yah share ngan org
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 12:39 AM GMT+8 , Processed in 0.185089 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list