CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 586|Reply: 0

[Kedah] Lelaki maut dihempap jengkaut

[Copy link]
Post time 7-6-2024 08:47 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki maut dihempap jengkaut



Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my



JENGKAUT yang terbalik di lereng bukit di Jalan Semeling, Taman Tasek Semeling, Bedong. FOTO Ihsan Bomba





Sungai Petani: Seorang lelaki maut selepas jengkaut yang dipandunya terbalik ketika melakukan kerja membuat jalan di lereng bukit di Jalan Semeling, Taman Tasek Semeling, Bedong, di sini hari ini.

Dalam kejadian 4 petang itu, lelaki berusia 39 tahun itu dipercayai dihempap jengkaut itu dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani Ismail Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 4.10 petang.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Sungai Petani di lokasi bersama sembilan anggota.

"Kemalangan membabitkan jengkaut dipandu mangsa yang dipercayai menghempapnya menyebabkan dia maut di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.



Disiarkan pada: Jun 7, 2024 @ 7:47pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.047162 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list