CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9461|Reply: 0

[Terengganu] RM125,491 milik suri rumah lebur angkara pelaburan emas

[Copy link]
Post time 8-6-2024 04:02 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

Kuala Terengganu: Seorang wanita di daerah ini rugi RM125,491 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan emas.

Kejadian bermula selepas suri rumah berusia 30 tahun itu diperkenalkan dengan pakej emas murah yang ditawarkan sebuah syarikat menerusi kakak iparnya ketika berada di rumahnya kira-kira jam 6 petang pada 10 Ogos 2021.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, mangsa yang tertarik dengan penerangan itu menjadi ejen di bawah kakak iparnya sebelum membuat pembelian emas melalui transaksi secara dalam talian ke dua akaun iaitu akaun syarikat pelaburan dan akaun kakak iparnya.

Beliau berkata, mangsa bagaimanapun tidak lagi menerima bayaran dan diberikan emas yang dibeli termasuk untuk ejen dan pelanggan di bawahnya bermula September 2023.


"Hasil perbincangan bersama pemilik syarikat itu pada November 2023, suspek bersetuju untuk membuat bayaran balik modal jual beli emas secara ansuran dan membuat surat perjanjian.

"Jumlah kerugian dialami mangsa adalah sebanyak RM127,991 namun, sehingga 31 Disember tahun lalu, mangsa hanya menerima bayaran balik sebanyak RM2,500 untuk diagihkan kepada ejen-ejen dan pelanggan.

"Mangsa tidak menerima sebarang bayaran selepas itu dengan baki tertunggak sebanyak RM125,491," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mohd Khairi berkata, mangsa yang berasa ditipu membuat laporan polis pada 18 April lalu.

Katanya, kes masih dalam siasatan dan tindakan mengesan suspek sedang dijalankan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

"Kita masih mengumpul bukti keterangan bagi tujuan pendakwaan," katanya.

Mohd Khairi turut menasihatkan orang ramai supaya berhati - hati dengan skim pelaburan yang menawarkan keuntungan yang tinggi dalam masa singkat.

Katanya, pelabur boleh mendapatkan pengesahan mengenai status pelesenan institusi kewangan yang terbabit dalam aktiviti pengambilan deposit yang dikawal selia Bank Negara Malaysia atau individu dan syarikat yang terbabit dalam aktiviti pelaburan yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti masing-masing di laman web www.bnm.gov.my dan www.sc.com.my.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kara-pelaburan-emas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 39193 Replies : 614
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 41132 Replies : 317
PRK Mahkota, UMNO letak calon muda
maklukpenggodaPRK Mahkota, UMNO letak calon muda
Views : 18369 Replies : 1
Cikki hampir diperkosa di rumah urut akhirnya berjaya dekk....kau mampooo?
ModngengadeCikki hampir diperkosa di rumah urut akh
Views : 53184 Replies : 20
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 8325 Replies : 87
[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae In, Jung So Min (Mulai 17 Aug 2024)
xyla73[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae
Views : 26403 Replies : 99
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 119511 Replies : 3324
Sandra Lim - dinobatkan juara Miss Universe Malaysia 2024
follesegalSandra Lim - dinobatkan juara Miss Unive
Views : 21139 Replies : 33
Kanak2 hilang....
ModngengadeKanak2 hilang....
Views : 20770 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 97375 Replies : 5148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.039806 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list