CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3428|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lelaki pukul kereta guna topi keledar direman

[Copy link]
Post time 10-6-2024 02:50 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki pukul kereta guna topi keledar direman

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

10 Jun 2024 02:13pm








Suspek kini direman empat hari untuk membantu siasatan.




GEORGE TOWN - Seorang lelaki ditahan selepas tindakannya memukul sebuah kereta menggunakan topi keledar telah dirakam dalam satu klip video pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, lelaki berusia 30-an itu ditahan di rumahnya di Sungai Pinang, pada petang Ahad.



Menurutnya, suspek kini direman empat hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

"Siasatan mendapati kejadian berlaku selepas pemandu kereta secara tidak sengaja melanggar motosikal lelaki berkenaan. Suspek yang tidak berpuas hati dengan insiden itu mencabar pemandu kereta berkenaan untuk bergaduh.

"Pemandu kereta kemudiannya tidak mahu memanjangkan insiden berkenaan selepas mendapati motosikal suspek tidak mengalami kerosakan serius," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang pada Isnin.

Tambah beliau, tindakan pemandu kereta itu membuatkan suspek berang lalu mengejar kereta tersebut sehingga ke Jalan Sungai Pinang.
"Ketika tiba di Jalan Sungai Pinang, suspek turun daripada motosikalnya lalu memukul kereta tersebut menggunakan topi keledarnya.
"Polis masih menyiasat arah kereta itu dipandu. Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat," katanya.




Sebelum ini, tular satu klip video berdurasi satu minit 53 saat tular di media sosial memaparkan seorang penunggang motosikal itu mengejar kereta lalu memukulnya dengan topi keledar.

Di dalam video berkenaan, kedengaran seorang lelaki menyuruh seorang wanita merakam keseluruhan kejadian berkenaan.

Seorang kanak-kanak yang berada di dalam kereta berkenaan turut menangis kerana ketakutan sebelum ditenangkan.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.464931 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list