CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2838|Reply: 0

Faizal puas dinobat penjaring terbanyak

[Copy link]
Post time 10-6-2024 05:00 PM | Show all posts |Read mode

FAIZAL bersama trofi penjaring terbanyak kejohanan.

Kuala Lumpur: Di sebalik pencapaian skuad hoki negara yang agak hambar pada kempen Piala Negara-Negara 2024 di Gniezno, Poland, penyerang sensasi negara, Faizal Saari masih mengekalkan kualiti yang ada padanya.

Di usia 33 tahun, Faizal kekal memberi sumbangan besar kepada Speedy Tigers apabila muncul penjaring terbanyak di kejohanan itu dengan meledak tujuh gol bersama-sama pemain Perancis, Victor Charlet sekali gus mengatasi pencapaian barisan penyerang muda dalam skuad negara.

Tujuh gol dijaringkan itu termasuklah ketika meledak hatrik pada perlawanan penentuan tempat ketujuh dan kelapan, yang menyaksikan skuad negara berjaya menewaskan Austria 5-4.

Bagi penyerang yang sudah melakukan 296 penampilan serta meledak 273 gol sepanjang menyarung jersi Speedy Tigers itu, dia menganggap kejayaan terbarunya itu bukanlah hasil usaha sendiri, tetapi mendapat sokongan padu daripada rakan sepasukan.


"Pertama sekali syukur alhamdulillah dan saya berterima kasih kepada rakan sepasukan sebab hasil bantuan mereka saya dapat jaringkan gol. Barisan kejurulatihan juga banyak memberi sokongan kepada saya.

"Selepas sekian lama tak dapat memenangi anugerah (penjaring terbanyak), saya amat berpuas hati dengan kejayaan kali ini. Saya hanya guna peluang dengan sebaik-baiknya dan daripada situ, terhasil gol itu.

"Saya tak sabar untuk beraksi pada Trofi Juara-Juara Asia di Mongolia, China pula pada September ini," katanya ketika dihubungi.

Speedy Tigers menduduki tempat ketiga dalam Kumpulan B selepas seri 4-4 dengan Pakistan, tewas 1-3 kepada Perancis dan menewaskan Kanada 4-2 sekali gus terlepas peluang ke separuh akhir.

Skuad negara kemudian tewas 3-4 kepada Korea Selatan dalam perlawanan klasifikasi kelima hingga kelapan.

Ia kejohanan kedua skuad negara di bawah bimbingan Sarjit Singh selepas menamatkan saingan di kedudukan keempat daripada enam pasukan pada Piala Sultan Azlan Shah, bulan lalu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... penjaring-terbanyak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 39193 Replies : 614
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 41132 Replies : 317
PRK Mahkota, UMNO letak calon muda
maklukpenggodaPRK Mahkota, UMNO letak calon muda
Views : 18369 Replies : 1
Cikki hampir diperkosa di rumah urut akhirnya berjaya dekk....kau mampooo?
ModngengadeCikki hampir diperkosa di rumah urut akh
Views : 53184 Replies : 20
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 8325 Replies : 87
[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae In, Jung So Min (Mulai 17 Aug 2024)
xyla73[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae
Views : 26403 Replies : 99
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 119511 Replies : 3324
Sandra Lim - dinobatkan juara Miss Universe Malaysia 2024
follesegalSandra Lim - dinobatkan juara Miss Unive
Views : 21139 Replies : 33
Kanak2 hilang....
ModngengadeKanak2 hilang....
Views : 20770 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 97375 Replies : 5148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 10:52 AM GMT+8 , Processed in 0.037177 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list