CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6524|Reply: 0

[Pulau Pinang] Anggota polis ditahan kes dadah, miliki wang tunai dalam beg

[Copy link]
Post time 10-6-2024 09:17 PM | Show all posts |Read mode
Anggota polis ditahan kes dadah, miliki wang tunai dalam beg

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

10 Jun 2024 08:50pm








Gambar hiasan




GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang sedang menyiasat berhubung tangkapan melibatkan tiga anggota dari Balai Polis Pulau Tikus dipercayai terlibat dalam salah laku pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, ketiga-tiga anggota tersebut kini ditahan untuk membantu siasatan lanjut.



"Benar (ada tiga anggota ditahan) namun kes masih dalam siasatan.

"Dua daripada mereka disiasat mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil manakala seorang lagi mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Sebelum ini, tular di aplikasi Telegram berhubung tangkapan tiga orang anggota dari Balai Polis Pulau Tikus berusia 29,34 dan 35 tahun kerana disyaki terlibat dalam salah laku.

Kesemua anggota tersebut ditahan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

Mengikut laporan tersebut, anggota berpangkat lans koperal berusia 29 tahun itu ditahan kerana disyaki mengambil dadah.

Sementara dua lagi yang berpangkat koperal pula gagal memberi penjelasan mengenai wang berjumlah RM500 dan RM1,093 yang dijumpai di dalam beg masing-masing.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-9-2024 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.107564 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list