CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2521|Reply: 6

[Tempatan] "Patutlah Rasa Liat" - Otot Kejang Dan Mengeras, Rigor Mortis Menyebabkan Daging Korban Tak Sesuai Dibuat Steak!

  [Copy link]
Post time 13-6-2024 04:28 PM | Show all posts |Read mode


Tinggal beberapa hari sahaja lagi, umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban.

Setiap kali tibanya perayaan ini, ramai yang mengambil kesempatan untuk melakukan korban dengan menyembelih haiwan ternakan seperti lembu, kerbau atau kambing untuk diagihkan kepada orang ramai khususnya fakir miskin.

Kebiasaannya sebaik diagihkan ramai yang akan memasak daging itu dengan menu seperti kari, daging hitam dan ‘steak’ dan bermacam-macam lagi.
Daging korban tak sesuai dimasak steak kerana otot kejang dan mengeras

Namun baru-baru ini, seorang lelaki, @butteralways yang juga pengguna laman X, telah berkongsi berkaitan daging korban tidak sesuai untuk dimasak atau dimakan seperti stik.

Menurut lelaki yang merupakan seorang cef, perkara pertama yang perlu difahami adalah apa itu Rigor Mortis (RM).

Jelasnya, satu organisma (hidupan) yang mempunyai tulang belakang akan mengalami proses RM sewaktu mati di mana otot-otot akan kejang serta mengeras.

Malah perkara ini juga turut berlaku kepada ikan di dalam kotak ais (ice box) kerana ia tidak mengeras dalam keadaan melengkung kerana beku sebaliknya melalui proses RM.
Di barat akan melalui proses gantung daging untuk tempoh lama sehingga otot relaks

“Berbalik kepada lembu dan kambing, selesai sembelih dan darah mengalir sampai habis terus akan disiat kulit dan daging akan dilapah dan diagihkan. Untuk organ dalaman, segar adalah yang terbaik.

“Tetapi untuk daging, RM akan menyebabkan ia keras dan inilah sebab mengapa ia tidak sesuai dimakan seperti steak.

“Di barat, praktis selepas sembelihan dan siat adalah dengan mengantung rangka haiwan minimum dua minggu hingga ke sebulan untuk membenarkan otot-otot relaks secara semula jadi dan enzim akan melembutkan otot sebelum dilapah serta dijual,” katanya.

Selain itu, suhu juga perlu dikawal dengan baik agar tiada pencemaran bakteria berlaku.

Katanya lagi secara amnya, lembu mempunyai tiga bahagian yang paling terkenal untuk dipotong, masak serta makan sebagai steak iaitu:

    Tenderloin
    Sirloin
    Ribeye

Proses daging digantung berminggu-minggu dipanggil ‘Aging’

Tambahnya, proses haiwan digantung dalam peti yang mengambil masa sehingga bermingu-minggu dipanggil sebagai aging (penuaan). Jelasnya sekiranya proses ini tidak dilakukan maka tidak ada kelebihan jika daging dipotong mengikut bahagian murah mahupun mahal seperti yang dilakukan di barat.

Ini kerana, steak itu sendiri ia dimasak pada suhu yang tinggi namun dalam tempoh yang singkat dan proses aging adalah penting dalam melembutkan daging berkenaan.
Masak tempoh lama cara atasi RM

“Adakah kita perlu buat apa yang barat buat untuk lembu dikorbankan Aidiladha nanti? Tidak! Tak perlu, sebab semua masakan tradisional kita adalah berkuah dan dimasak untuk tempoh lama.

“Sup, gulai, rendang semua adalah cara kita atasi RM. Malah bakteria tidak sempat membiak dah mati kena masak,” ujarnya lagi.
Ramai yang baru tahu kenapa daging liat dan keras

Melihat di ruangan balas, ramai yang baru mengetahui tentang fakta mengenai daging korban yang dikongsikan oleh cef berkenaan.

Malah ada yang mengatakan mereka sebelum ini pernah mendengar perkara sama dan pencerahan diberikan oleh cef ini membuatkan ramai lebih memahami puncanya.

Jelas cef itu, sangat sedikit populasi yang mengetahui cara sembelihan lembu di barat.

Selain itu, lelaki berkenaan turut menyatakan sekiranya daging itu dibuat seperti steak mahupun ‘smash burger’ ia akan membuatkan daging mempunyai rasa darah apabila dimasak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-6-2024 04:29 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2024 04:30 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2024 04:30 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2024 07:20 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2024 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sebenarnya lepas sembelih kurban je daging tu ntah hapa2 dipotongnya main belasah je nak cepat siap
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2024 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Sembelih korban, tukar dgn daging beku, yg fresh ambil, yg beku bagi org awam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-6-2024 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.294010 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list