CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4229|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bekas Pengerusi MIC Pulau Pinang meninggal dunia

[Copy link]
Post time 15-6-2024 01:15 PM | Show all posts |Read mode
Bekas Pengerusi MIC Pulau Pinang meninggal dunia
OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

15 Jun 2024 12:48pm








Subbiah




GEORGE TOWN - Bekas Pengerusi MIC Pulau Pinang, Datuk T Subbiah telah meninggal dunia pada usia 92 tahun kerana sakit tua.

Pengerusi MIC Pulau Pinang, Datuk J Dhinagaran berkata, beliau mendapat berita tentang kematian Subbiah pada Sabtu.



Menurutnya, MIC Pulau Pinang telah kehilangan pemimpin yang sangat berdedikasi dan berjiwa besar.

"Kita kehilangan seorang pemimpin yang sangat dihormati dan berdedikasi. Mendiang banyak berjasa kepada masyarakat India dan jasa mendiang akan diingati sampai bila-bila.

"Kita sangat menghargai sumbangan beliau dan takziah kepada keluarga beliau," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Tambahnya, pengebumian Subbiah akan diadakan pada Ahad di Pulau Pinang.

Subbiah merupakan pemimpin veteran yang berkhidmat dengan Kerajaan Pulau Pinang lebih sedekad, termasuk sebagai Exco kerajaan negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam selama tiga penggal daripada tahun 1974 hingga 1986.

Kawasan pilihan raya negeri itu kemudiannya dimansuhkan pada 1986 sebelum diperkenalkan semula pada 2004.




Mendiang juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tanah di Pulau Pinang di bawah Ketua Menteri, Tun Dr Lim Chong Eu Pengerusi MIC Pulau Pinang daripada 1971 hingga 1990.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-9-2024 09:50 PM GMT+8 , Processed in 0.060196 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list