CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13995|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tulang tangan patah, Khayla perlu suntikan sel berkala

[Copy link]
Post time 16-6-2024 08:54 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 16-6-2024 08:56 PM

Tulang tangan patah, Khayla perlu suntikan sel berkala


Redzuan Muharam[email protected]




IMRAN menenangkan anaknya, Khayla ketika menerima rawatan di hospital. FOTO Ihsan Khairol Niza Zaffarullah Khan.





Bukit Mertajam: Pesakit Osteogenesis Imperfecta (OI) atau penyakit tulang rapuh Khayla Adha Mirza Imran masih memerlukan dana bagi suntikan sel stem penggalak yang kosnya mencapai RM126,000 setahun.

Bapanya, Imran Mohd Yusoff, 45, berkata, Zakat Pulau Pinang (ZPP) sudah meluluskan bantuan sebanyak RM30,000 buat anaknya yang mesra disapa Khayla, 8, namun dia dan isteri, Khairol Niza Zaffarullah Khan, 44, belum boleh menarik nafas lega.

Katanya, ini kerana mereka perlu mencari jalan mengumpul dana yang mencukupi bagi menampung kos rawatan selanjutnya buat cinta hati mereka itu.

Imran yang menetap di Taman Pauh Jaya berkata, jumlah diperlukan hampir RM100,000, memandangkan setiap bulan Khayla perlu mengambil dua kali suntikan sel stem penggalak berjumlah RM4,800 (RM2,400 satu suntikan).

Sementara itu, Khayla juga disaran mengambil suntikan sel stem darah yang kosnya capai RM11,400 bagi tempoh dua bulan sekali di hospital di Ampang, Kuala Lumpur.

Bapa mithali itu buntu memikirkan cara untuk mendapatkan wang bagi kos rawatan berkenaan apatah lagi dia hanya mencari rezeki dengan menjual donat dan bomboloni dengan pendapatan kira-kira RM2,000 sebulan.

"Khayla sudah terima 50 juta dos suntikan sel stem penggalak di hospital di Ampang, tapi baru-baru ini, tulang pergelangan tangan kirinya patah, jadi suntikan sel stem perlu diberi konsisten setiap bulan mengikut jadual.

"Suntikan itu penting kerana boleh membantu pemulihan tulang patah dengan cepat dan doktor juga memaklumkan kami yang pembedahan Khayla ditangguhkan dulu selama setahun," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Imran, emosi Khayla juga tidak menentu kerana ada masanya meragam, disebabkan tulang patah.

"Tapi saya dan isteri kena sabar dalam menjaganya kerana bukan Khayla pinta jadi begitu. Apa boleh kami lakukan adalah ikhtiar yang termampu untuk merawatnya," katanya.

Harian Metro sebelum ini pernah melaporkan kisah Khayla yang mengimpikan untuk berdiri dan mahu mempunyai kaki untuk berjalan, selepas penyakit dialami menyebabkan dia hilang upaya, bahkan tulang kaki tangan patah lebih 60 kali.

Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Hong Leong Bank 05351090018 atas nama Khairol Niza Zaffarullah Khan atau menghubunginya di talian 011-37127515.



Disiarkan pada: Jun 16, 2024 @ 6:24pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-9-2024 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.439425 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list