CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6785|Reply: 1

[Pulau Pinang] Balik Pulau tumpuan 'hantu' raja buah

  [Copy link]
Post time 19-6-2024 10:30 AM | Show all posts |Read mode
Balik Pulau tumpuan 'hantu' raja buah

OlehMOHD ISKANDAR OTHMAN

19 Jun 2024 10:10am








Antara gerai durian yang terdapat di Anjung Indah.





BALIK PULAU - Musim durian datang lagi. Pastinya Pulau Pinang menjadi antara lokasi tumpuan ramai khususnya peminat raja buah itu dari dalam negara mahupun luar negara.



Sudah tentunya, kawasan Balik Pulau di dearah Barat Daya di negeri ini menjadi tumpuan ‘hantu’ durian bagi merasai keenakan pelbagai jenis varieti buah berkenaan atau nama saintifiknya Durio zibethinus Murr.

Tidak keterlaluan untuk gambarkan, kedatangan musim durian dirai bagaikan pesta di sekitar Balik Pulau, malah sesiapa sahaja yang berkunjung ke pekan kecil ini pasti akan melihat deretan gerai jualan dipenuhi orang ramai bagi mendapatkan durian segar yang dibawa dari dusun berhampiran.

Kini, semakin ramai pengusaha dusun menawarkan pakej istimewa buat pengunjung yang mahu rasai pengalaman sendiri mengutip durian atau menikmati terus buah eksotik itu di dalam kawasan dusun sambil ditemani panorama indah dan angin segar di kawasan Balik Pulau.

Difahamkan, pakej istimewa itu sering menjadi pilihan pelancong asing terutamanya dari Singapura, China dan Indonesia yang sanggup terbang jauh semata-mata mahu merasai kelazatan durian Balik Pulau.

Sebut sahaja jenis atau varieti apa yang diidamkan, pasti semuanya boleh dicari di Balik Pulau termasuk musang king, duri hitam atau ochee, udang merah, labu atau horlor, kulit hijau dan kacang hijau.






Pelbagai varieti durian boleh dinikmati di Balik Pulau.




Meskipun harga yang ditawarkan agak tinggi untuk sekilogram namun ia berbaloi dengan rasanya yang enak untuk dinikmati.

Tinjauan Sinar Harian mendapati antara lokasi popular sering menjadi tumpuan seperti di Teluk Kumbar, Anjung Indah, Pantai Acheh, Teluk Bahang dan Pekan Balik Pulau.

Jadi tidak hairan lah kawasan terbabit sedikit sesak terutamanya pada hujung minggu berikutan pertambahan kenderaan yang masuk bagi mencari durian.

Beza tekstur dan rasa
Pemilik gerai YB Durian Balik Pulau di Anajung Indah, Mohd Hilmi Che Ros berkata, selain menjadi tumpuan pelancong, musim durian juga antara saat dinantikan penduduk setempat kerana ia memberi peluang untuk menjana ekonomi dan menambah sumber pendapatan.


Mohd Hilmi (tengah) bersama dua rakan kongsi mengusahakan gerai YB Durian Balik Pulau di Anjung Indah.




Jelasnya, dengan lambakan gerai di tepi jalan memberi peluang kepada orang ramai untuk memilih durian sama ada harga mampu milik atau merasai buah premium yang pastinya ada kelebihan dari segi tekstur dan rasa.

Berkongsi mengenai keenakan durian Balik Pulau, Mohd Hilmi berkata, lokasi dan ekosistem yang seimbang menjadi faktor utama penghasilan durian berkualiti dan sedap berbeza dengan di tempat lain.



Mohd Hilmi menunjukkan durian musang king yang menjadi pilihan ramai.




Beliau yang mengusahakan gerai berkenaan bersama dua lagi rakan kongsi berkata, antara varieti yang sering menjadi pilihan pastinya musang king dan duri hitam.

“Kesemua durian segar yang dijual di disini dibawa terus dari dusun saya sendiri, malah setiap pagi ramai pelanggan yang sudah buat tempahan kerana mereka mahu durian segar kerana rasanya lebih enak dan warna isinya juga lebih menarik.

“Selain dapat merasai keenakan durian di sini, pengunjung juga boleh menikmati raja buah itu ditemani pemandangan dan panorama indah dari atas bukit Balik Pulau,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Hilmi berkata, meskipun kebanyakan durian jenis premium yang dijual di gerainya namun ia boleh dinikmati dengan harga yang berpatutan oleh penggemarnya.

Sementara itu seorang lagi peniaga, Ahmad Latif berkata, lebih 1,000 tan buah durian telah dijual sejak mereka berniaga di kawasan Anjung Indah bermula Mei lalu.

Beliau yang telah berniaga lebih 15 tahun di situ mengakui musim kali ini lebih meriah terutamanya pada musim cuti persekolahan baru-baru ini.

“Pesta durian kali ini amat luar biasa. Kami bersyukur kerana segala hasil penat lelah mengusahakan dusun durian sebelum ini telah memberikan pulangan.

“Tambahan pula musim cuti persekolahan baru-baru ini, setiap hujung minggu pasti penuh dengan pengunjung serta penggemar durian yang datang dari seluruh negara dan negara luar,” kongsinya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2024 02:43 PM | Show all posts
cantik-cantik buah duriannya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-6-2024 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.055412 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list