CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6390|Reply: 0

[Pulau Pinang] PRK Sungai Bakap: 7 permit ceramah sudah diluluskan, tiada permohonan ditolak - Polis

[Copy link]
Post time 24-6-2024 11:34 AM | Show all posts |Read mode
PRK Sungai Bakap: 7 permit ceramah sudah diluluskan, tiada permohonan ditolak - Polis


Oleh Zuhainy Zulkiffli - Jun 24, 2024 @ 11:21am [email protected]





Bendera parti berkibaran sempena kempen PRK DUN Sungai Bakap. - FOTO BERNAMA





NIBONG TEBAL: Tiada sebarang permohonan permit untuk kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, ditolak setakat ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad, berkata tujuh permit ceramah sudah diluluskan bagi tempoh hingga hari ketiga kempen PRK itu.

"Kesemua permit itu diluluskan oleh Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintendan Chong Boo Khim, dan tiada permohonan permit yang ditolak.

"Hingga kini juga tiada sebarang laporan polis diterima berkaitan kes membabitkan PRK itu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, semua pihak dinasihatkan supaya tidak menimbulkan provokasi terhadap mana-mana pihak sepanjang tempoh berkempen pada PRK kali ini.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang melanggar peraturan serta undang-undang, termasuk melakukan khianat atau merosakkan bahan kempen seperti banner, poster dan bendera parti," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Hamzah berkata, seramai 800 anggota polis termasuk 12 pasukan Cantas/Pemantau, diatur gerak bagi penugasan ketika PRK Sungai Bakap untuk memastikan kelancarannya.

PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan (PH) yang juga bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara, Dr Joohari Ariffin, dengan bekas eksekutif logistik yang juga Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, Abidin Ismail, mewakili Perikatan Nasional (PN).

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff, pada 24 Mei lalu akibat keradangan dalam perut.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK itu pada 6 Julai depan.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.108911 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list