CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1834|Reply: 0

[Pulau Pinang] Isu kos sara hidup aduan paling kerap diterima calon PH

[Copy link]
Post time 24-6-2024 05:43 PM | Show all posts |Read mode
Isu kos sara hidup aduan paling kerap diterima calon PH


Oleh Nur Izzati Mohamad - Jun 24, 2024 @ 4:48pm [email protected]




Calon Pakatan Harapan, Dr Joohari Ariffin (kanan), beramah mesra dan memperkenalkan diri kepada pengundi ketika berkempen bagi PRK DUN Sungai Bakap di Sungai Duri, hari ini. - NSTP/DANIAL SAAD





NIBONG TEBAL: Isu kos sara hidup antara aduan paling kerap diterima calon Pakatan Harapan (PH), Dr Joohari Ariffin, dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap yang bermula kelmarin.

Menyedari perkara itu dihadapi pelbagai lapisan masyarakat, Joohari, 60, berkata agenda ke arah mengurangkannya akan diperkasa sekiranya beliau terpilih mewakili DUN Sungai Bakap.

"Keluhan ini berada pada 'ranking' (kedudukan) paling tinggi yang saya terima apabila bertemu pengundi, berbanding isu lain.

"Kita akan fikirkan bersama pendekatan dan langkah boleh diusahakan bagi meringkankan beban rakyat.

"Usaha ini digerakkan oleh pemimpin di seluruh negara kerana ia adalah ," katanya.

Beliau ditemui pemberita ketika meninjau Jualan Murah MADANI sambil bertemu pengundi di perkarangan Dewan MPKK Sungai Duri di sini, hari ini.

Joohari berkata, jualan berkenaan membolehkan pembeli menikmati harga barangan jauh lebih murah berbanding pasaran.

"Walaupun ini hari bekerja tetapi ramai juga yang datang memberi sokongan terhadap program diadakan," katanya.

PRK DUN Sungai Bakap bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Joohari dan calon Perikatan Nasional (PN) yang Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, Abidin Ismail, 56.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandang, Nor Zamri Latiff, pada 24 Mei lalu akibat keradangan dalam perut.

Berdasarkan Daftar Pemilih Pilihan Raya setakat 24 Mei lalu, sejumlah 39,279 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing membabitkan 39,222 pengundi biasa dan 57 anggota polis.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.071798 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list