CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5465|Reply: 0

[Pulau Pinang] KPDN Pulau Pinang tahan pemandu lori, rampas petrol subsidi cuba diseleweng

[Copy link]
Post time 25-6-2024 05:01 PM | Show all posts |Read mode
KPDN Pulau Pinang tahan pemandu lori, rampas petrol subsidi cuba diseleweng


Oleh Zuhainy Zulkiffli - Jun 25, 2024 @ 4:39pm [email protected]




Pemandu lori ditahan bersama 700 liter petrol bersubsidi yang dipercayai cuba diseleweng dalam satu serbuan Ops Tiris, di sebuah stesen minyak - Foto NSTP/IHSAN KPDN​





BUKIT MERTAJAM: Pemandu lori ditahan bersama 700 liter petrol bersubsidi dipercayai mahu diseleweng dalam satu serbuan Ops Tiris, hari ini, di sebuah stesen minyak di Jalan Sungai Rambai, di sini.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri, S Jegan berkata, serbuan yang dilakukan sepasukan anggota penguat kuasa kira-kira jam 5 pagi itu dijalankan susulan hasil maklumat risikan.

Katanya, terdahulu pihaknya menjalankan serbuan ke atas stesen minyak berkenaan sebelum menemui sebuah lori yang mengisi bahan api itu.

"Pemeriksaan lanjut mendapati motor pam serta hos paip berada dalam keadaan bersambung dan kita syaki berlaku pemindahan minyak petrol dari pam terus ke dalam tangki Intermediate Bulk Container (IBC).

"Didapati pemandu lori yang juga warga tempatan berusia 47 tahun itu juga gagal mengemukakan sebarang dokumen, lesen atau permit bagi penyimpanan barang kawalan berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Jegan berkata, pihaknya turut merampas enam unit tangki IBC, 1 set motor pam dan paip bagi disita serta tindakan lanjut.

Katanya, nilai rampasan minyak petrol adalah dianggarkan sebanyak RM1,435.00 menjadikan nilai anggaran barangan rampasan keseluruhan berjumlah RM23,135.00.

Pihaknya sudah merakam keterangan pemandu dan siasatan dibuat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 112] bagi mengenalpasti individu atau syarikat lain yang terbabit dalam aktiviti penyelewengan itu serta rantaian pengedaran bahan api petrol berkenaan.

"KPDN Pulau Pinang sedang giat melakukan pengawasan serta rondaan sekitar negeri ini bagi mengekang ketirisan aktiviti penyeludupan barangan kawalan dan bersubsidi.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:52 PM GMT+8 , Processed in 0.058226 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list