CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9624|Reply: 0

[Pulau Pinang] NFPMSB sasar bekal 50 tan metrik ayam proses kepada FAMA Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 5-7-2024 02:54 PM | Show all posts |Read mode
NFPMSB sasar bekal 50 tan metrik ayam proses kepada FAMA Pulau Pinang

OlehSITI ZUBAIDAH ZAKARAYA

05 Julai 2024 10:37am








Mou ditandatangani antara Ketua Pegawai Eksekutif NFPMSB, Zamani Salim (dua dari kanan) dan Pengarah FAMA Pulau Pinang, Mohd Hafiz Nurulhuda. Gambar kecil: Muhammad Faris




SUNGAI BAKAP - NAFAS Food Processing and Marketing Sdn Bhd (NFPMSB) menyasarkan mampu membekalkan 50 tan metrik setahun ayam proses kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pulau Pinang.

Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Muhammad Faris Arriffin berkata, ia bagi menampung aktiviti jualan ayam proses kepada penduduk di sekitar Pulau Pinang dengan harga lebih rendah dari pasaran.



Menurutnya, sebagai permulaan, NFPMSB akan membekalkan sebanyak dua tan metrik ayam proses sebulan dan akan meningkat mengikut pasaran semasa.

"Seperti yang diberitahu, FAMA masih lagi dalam proses mengenal pasti kuantiti jualan dari masa ke semasa bergantung permintaan pasaran," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau hadir menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU) antara NFPMSB dan FAMA di Jualan Agro Madani, Sungai Bakap, Pulau Pinang pada Khamis.


Mou bertujuan menjalinkan kerjasama lebih erat antara NFPMSB dan FAMA.




Mou ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif NFPMSB, Zamani Salim dan Pengarah FAMA Pulau Pinang, Mohd Hafiz Nurulhuda.

Hadir sama menyaksikan MoU termasuk Pengarah Kanan Bahagian Pemasaran Segar FAMA, Shahrizan Sudiman, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang, Datuk Mahfuz Omar, Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, Datuk Zamri Yaakob dan Pengerusi FAMA, Aminuddin Zulkipli.




Menurut Muhammad Faris, kerjasama antara kedua-duanya telah bermula sejak 2023 namun dengan termeterai MoU dapat menjalin kerjasama lebih erat dalam usaha memberi manfaat kepada lebih ramai penduduk.
"Kita harapkan FAMA Pulau Pinang menjadi pelopor kepada perjanjian usahasama ini di mana dengan sambutan baik mungkin akan diteruskan ke negeri lain.
"Di samping membantu penduduk Pulau Pinang mendapatkan bekalan ayam dengan harga lebih rendah di pasaran, kami juga ingin membantu FAMA dari segi sumber ayam dengan harga berpatutan supaya harga ayam yang ditanggung agensi kerajaan dapat dikurangkan,"katanya.

Selain itu, katanya, NFPMSB turut menawarkan khidmat nasihat kepada FAMA berkaitan polisi, dasar, dan garis panduan serta perkara berkait industri ayam di Malaysia.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.188201 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list