CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11123|Reply: 0

[Pulau Pinang] Imigresen Pulau Pinang bongkar aktiviti GRO, bekerja tanpa pas sah

[Copy link]
Post time 6-7-2024 08:33 AM | Show all posts |Read mode
Imigresen Pulau Pinang bongkar aktiviti GRO, bekerja tanpa pas sah


Oleh Zuhainy Zulkiffli - Julai 6, 2024 @ 8:07am[email protected]




Sebahagian wanita warga asing yang ditahan dalam serbuan di pusat hiburan di sini, kerana disyaki menawarkan khidmat sebagai gadis pelayan pelanggan atau GRO. - Foto ihsan JIM





GEORGETOWN: Aktiviti tidak bermoral warga asing disyaki yang menawarkan perkhidmatan gadis pelayan pelanggan atau GRO terbongkar selepas pusat hiburan yang terletak di Georgetown itu, diserbu Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Pulau Pinang, kelmarin.

Dalam serbuan 10 malam itu, empat wanita warga Thailand dan seorang Vietnam ditahan ketika leka melayani pelanggan di pusat hiburan berkenaan.

JIM Pulau Pinang menerusi kenyataannya berkata, semua wanita terbabit berusia antara 20 hingga 30 tahun.

Katanya, pemeriksaan mendapati kesemua yang ditahan masuk sebagai pelancong dan diberi pas lawatan sosial.

"Semua mereka ditahan kerana disyaki melanggar syarat pas.

"Siasatan ke atas pemilik pusat hiburan terbabit dilakukan dan dikenakan tindakan selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada jika terbukti terdapat elemen kesalahan," menurut kenyataan itu di sini, semalam.

Sementara itu JIM berkata, sebuah restoran dan bar terletak di Bayan Lepas turut diserbu dalam masa yang sama.

Katanya, seramai lima lelaki warga Myanmar berusia antara 25 hingga 40 tahun ditahan kerana disyaki bekerja di premis terbabit dengan tidak memiliki dokumen perjalanan dan pas yang sah.

"Kesemua tangkapan ditahan di Depot Imigresen Juru bagi siasatan dan tindakan lanjut," menurut kenyataan itu lagi.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 04:20 PM GMT+8 , Processed in 0.588794 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list