CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13648|Reply: 0

[Johor] Sultan Ibrahim pentingkan ketepatan masa, tidak suka rakyat menunggu - Pegawai Peribadi

[Copy link]
Post time 9-7-2024 08:53 AM | Show all posts |Read mode


Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2024/1446H di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC
Johor Bahru: "Tuanku tidak suka rakyat menunggu lama ketibaan Tuanku," kata Datuk R Sugumaran, Pegawai Peribadi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang menyifatkan Seri Paduka Baginda amat menitikberatkan ketepatan masa.

Menceritakan keperibadian Sultan Ibrahim, Sugumaran yang menabur bakti dengan Seri Paduka Baginda sejak 2003 berkata beliau tidak pernah melihat Yang di-Pertuan Agong ke-17 itu tiba lewat pada setiap majlis.

"Selama lebih 20 tahun saya berkhidmat sebagai Pegawai Peribadi Tuanku, tidak pernah saya lihat Tuanku lewat tiba pada satu-satu majlis, selalunya awal lima minit ataupun 10 minit," katanya dalam wawancara di pejabat Bernama di sini, baru-baru ini.

Sugumaran berkata, walaupun kelihatan tegas, Seri Paduka Baginda sebenarnya berhati lembut dan mudah mengasihani orang.

"Tuanku tidak suka marah-marah … kalau kita cakap 'kasihanlah Tuanku, kita beri peluang sekali lagi', (Seri Paduka Baginda akan bertitah) 'okey Sugu (Sugumaran), anda buat apa yang difikirkan betul' dan biasanya peluang akan diberi sekali lagi," katanya.

Selain itu, Sugumaran berkata, Seri Paduka Baginda juga gemar berinteraksi dengan rakyat dan mendengar permasalahan mereka.

"Pergi mana-mana pun, bila rakyat ada peluang untuk menghadap Tuanku, rakyat suka beritahu masalah yang mereka hadapi kepada Tuanku.

"Selalunya apabila Tuanku berangkat, pegawai-pegawai kerajaan di daerah terbabit akan ada bersama dan setiap aduan segera diambil tindakan oleh pegawai-pegawai daerah," katanya.

Beliau berkata, Sultan Ibrahim sangat menitikberatkan kepentingan orang ramai, berdisiplin dan sering menasihati petugas kerajaan, terutama bahagian pengurusan tertinggi agar mengutamakan kepentingan awam melebihi kepentingan diri.

Sultan Ibrahim katanya juga, tidak suka perpecahan dalam kalangan rakyat dan akan segera menegur agar masalah berkenaan tidak berpanjangan.

"Mereka yang membuat fitnah ataupun mengeluarkan berita-berita palsu untuk memecahbelahkan rakyat, terutama sekali di Johor, walaupun ahli politik Tuanku akan panggil ke istana dan buat teguran supaya masalah itu tidak menjadi besar dan dapat dikekang pada peringkat awal," katanya.

Mengimbau detik perkenalannya dengan Seri Paduka Baginda, Sugumaran yang memulakan kerjaya bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 1978 sebagai Konstabel berkata segalanya bermula ketika beliau bertugas sebagai Ketua Balai Polis Sentral Johor Bahru pada 2003.

Kata anak penoreh getah dari Bestari Jaya, Selangor itu, latar belakang beliau yang pernah berkhidmat sebagai Pemerhati Udara dengan Unit Peronda Udara Polis dan memakai lencana Sayap Separuh menarik perhatian Sultan Ibrahim untuk mendapatkan khidmat beliau sebagai Pegawai Peribadi Seri Paduka Baginda yang ketika itu bergelar Tunku Mahkota Johor.

"Pengalaman yang pertama pada 2003, masa itu ialah Istiadat Pertabalan Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah), diikuti dengan mesyuarat Majlis Raja-Raja.

"Seminggu saya ditugaskan … Tuanku telah mewakili Almarhum paduka ayahanda (Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail) … itulah permulaan (tugas) saya," katanya.

Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari dan istiadat pertabalan Seri Paduka Baginda dijadualkan pada 20 Julai ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tragedi Disember, malu apa masuk la sini jap!
maklukpenggodaTragedi Disember, malu apa masuk la sini
Views : 47162 Replies : 21
Edisi Awet Muda : Umur Hanyalah Suatu Angka
telracsEdisi Awet Muda : Umur Hanyalah Suatu An
Views : 11044 Replies : 25
Perang Perdagangan sudah bermula, yehawww!
maklukpenggodaPerang Perdagangan sudah bermula, yehaww
Views : 2209 Replies : 2
Isu keganasan Rumah Tangga zahnita
PenjaraPetaiIsu keganasan Rumah Tangga zahnita
Views : 11109 Replies : 278
Saya dengan ini isytiharkan undang-undang tentera darurat," kata Encik Yoon dalam ucapan langsung di tv,Presiden Korea Selatan isytihar undang-undang tentera darurat
YgBenarSaya dengan ini isytiharkan undang-undan
Views : 6306 Replies : 4
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 257047 Replies : 7118
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 48983 Replies : 27
Jarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran akaun 3 KWSP cecah RM10.78 bilion
YgBenarJarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran
Views : 50388 Replies : 28
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 1986 Replies : 11
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 92566 Replies : 933

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:15 AM GMT+8 , Processed in 0.046508 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list