CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22617|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kerajaan negeri patuh undang-undang dalam projek PSI

[Copy link]
Post time 11-7-2024 05:40 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan negeri patuh undang-undang dalam projek PSI

OlehMOHD ISKANDAR OTHMAN

11 Julai 2024 05:09pm








Kon Yeow. (Laporan Sinar Harian)




GEORGE TOWN - Kerajaan negeri akan mematuhi segala peruntukan undang-undang dalam melaksanakan projek tambakan laut Pulau Pinang Selatan (PSI).

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, perkara itu antara yang ditegaskannya sejak hari pertama projek itu dijalankan sehingga hari ini.



"Saya sejak hari pertama sehingga sekarang menegaskan pihak kerajaan negeri akan mematuhi segala peruntukan undang-undang dalam melaksanakan projek penambakan laut projek tambakan laut Silicon Island dari dahulu lagi.

"Kita pun pernah dicabar, kita pun menerima keputusan kelulusan Impak Penilaian Alam Sekitar (EIA) kita ditolak sebagainya namun ia tidak menjejaskan usaha kita.
"Kita memperbaiki segala permohonan kita dan akhirnya kita dapat kelulusan juga," katanya ketika ditemui pemberita di sini, pada Khamis.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada Khamis yang menolak permohonan semakan kehakiman dikemukakan tujuh nelayan dan dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menghentikan projek tersebut.

Pada Khamis Sinar Harian melaporkan permohonan tujuh nelayan dan dua wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menghentikan projek tambakan laut Pulau Pinang Selatan (PSI) tidak berjaya selepas ia ditolak oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Quay Chew Soon membuat keputusan itu selepas mendapati tiada sebarang tindakan menyalahi undang-undang, ketidakwajaran atau keadaan tidak rasional berhubung kelulusan projek kerajaan negeri terbabit.




Menurutnya, antara sebab lain permohonan itu ditolak disebabkan kes itu difailkan di luar masa ditetapkan, mengambil kira tarikh pengumuman projek berkenaan oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow sebagai asas permohonan iaitu pada 1 September tahun lalu.

Mengulas lanjut, Kon Yeow berkata, sekiranya terdapat mana-mana pihak yang masih ingin mencabar keputusan EIA, pihaknya akan menunggu keputusan (mahkamah) dengan sabar.

"Sama juga dengan kes ini, sekiranya ada yang mempersoalkan sama ada proses kelulusan perancangan diberikan memang kita akan tunggu melalui proses-proses yang ditetapkan mengikut undang-undang.

"Apa pun kalau ada mana-mana pihak yang mencabar, kita sabar menunggu keputusan... itu komitmen kita," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.151883 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list