CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 52591|Reply: 0

[Perlis] Insiden keropok beracun, 'wake up call' buat KKM

[Copy link]
Post time 14-7-2024 12:09 AM | Show all posts |Read mode
Insiden keropok beracun, 'wake up call' buat KKM


Aizat Sharif[email protected]




Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad melakukan tinjauan sambil menyerahkan plak Pengiktirafan BeSS dan edaran tanda larangan merokok kepada dan pengusaha gerai di Kompleks Komalaut 2, Kuala Perlis. FOTO AIZAT SHARIF





Kangar: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) terutama dalam penjualan dan penggunaan racun berbahaya susulan kejadian dua kanak-kanak maut selepas termakan keropok bercampur racun tikus di Kulim pada Ahad lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kejadian yang berlaku itu adalah peringatan kepada pihaknya terutama penguatkuasa KKM serta pengguna dalam meneliti semula peraturan dari segi SOP pengendalian racun berbahaya.

"Itu suatu perkara yang saya perlu susuli selepas ini kerana kita tahu bahawa racun ini memang 'fatal' atau berbahaya kerana mempunyai (kadar) 'toxicity' (toksik) yang sangat tinggi sehingga boleh membawa maut.

"Malah, kejadian seperti ini yang sesekali berlaku memberi peringatan kepada kami (KKM) khususnya penguatkuasa akan peraturan dari segi SOP dan juga yang (mereka) menggunakan (racun).

"Apabila berlakunya kes seperti ini, ia adalah 'wake up call' atau pun sesuatu yang mengingatkan kita akan bagaimana peraturan atau SOP itu jadi. Meskipun sudah ada peraturan atau SOP yang ketat dari sudut penggunaan dan juga jualan, kita perlu menguatkuasakan peraturan itu dengan lebih efektif terutama dengan kolaborasi bersama bukan sahaja KKM tetapi agensi lain terhadap penggunaan racun berbahaya ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap (BeBAs) di Kompleks Komalaut 2, Kuala Perlis, di sini hari ini.

Katanya, bagi kes berkenaan pihaknya mengesahkan sudah pun menemui dan mengambil peket kecil yang dipercayai racun tikus di kawasan rumah jiran dua beradik yang juga pemilik kebun di Kampung Padang Ubi, Labu Besar ketika pemeriksaan pada Rabu lalu.

"Memang kita ada membantu dalam siasatan ini, sampel sudah diambil namun kita sudah serahkan siasatan ini kepada pihak polis dan sebab yang menjadi punca keracunan masih lagi dalam siasatan polis.

"Kami tidak dapat memberikan apa jua perkembangan atau kemaskini maklumat kecuali setelah polis memberikan satu perkembangan laporan yang terkini (kepada KKM)," katanya.

Terdahulu, beliau melakukan 'walkabout' sekitar kompleks medan selera itu dengan bertemu pelbagai pemilik gerai makan dalam memberi kesedaran kepada mereka bahawa lokasi medan selera itu adalah suatu kawasan larangan merokok atau bebas asap rokok.

Kuala Perlis menjadi lokasi keempat yang dikunjungi KKM bagi program Premis Bersih, Bebas Asap (BeBAs) selepas Jalan Alor di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Port Dickson, Negeri Sembilan dan Tawau, Sabah.

Turut hadir adalah Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Norhayati Rusli dan Pengarah Kesihatan Perlis, Dr Ghazali Chik.



Disiarkan pada: Julai 13, 2024 @ 11:18pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.051079 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list